“Oyen da ready backup,” Bergasak Dengan Hitam, Tiga Lagi Oyen Tengah Standby Jadi Perhatian Netizen

Kucing berwarna oren atau seringkali kita panggil ‘oyen’ ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan dua ekor ‘bulus’ sedang ‘bergasak’ iaitu oyen dan kucing lain berwarna hitam mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @muhdmohsin menunjukkan  dua ekor kucing sedang merenung antara satu sama yang lain.

Namun siapa sangka rupa-rupanya si oyen yang sedang bergasak itu sudah bawa ‘geng’ yang melihat kejadian tersebut daripada jauh dan sudah sedia untuk ‘backup’ si oyen.


Seolah terjerat perangkap, oyen akhirnya berlari ke arah ‘geng’nya ketika dikejar oleh kucing hitam, namun langkah kucing hitam terhenti apabila dia melihat geng-geng oyen yang berada disitu.

Video yang tular di laman TikTok:

@madlohoqpergaduhan antara BLACK AND OYENN♬ original sound – muhdmohsin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 404.7K tontonan, 68.8K tanda suka, 1395 komen dan 2009 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga neizen tehibur dengan gelagat oyen yang gayanya seolah-olah seperti abang kawasan di sekitar itu.

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut berseloroh mengatakan bahawa ‘paktam’ telah membuat salah besar dengan ‘menggegar’ kawasan si oyen.

Berikut merupakan komen-komen lucu daripada warga maya:

“Oyen ready backup”

“Kau tumbang kitorang masuk”

“Apabila paktam otai lama datang claim kawasan..”

“Berani gegar kawasan oyen dengan keringnya”

Ada-ada sahaja gelagat oyen ni.. dalam Malaysia ni kalau buat hal, tak oyen, Myvi. kikiki

Default image
admin
Articles: 1052