PA Neelofa Cari Wanita Sebar Berita Nikah Di Kelantan, Terkena Minyak Pengasih

Beberapa hari ini, hangat netizen mendakwa mengenai keretakan perhubungan antara pendakwah selebriti Harris dan usahawan terkenal Neelofa, apabila kakak dan adiknya, Noor Nabila dan Nur Amira Khan memuat naik Instastory di platfom Instagram yang mencetuskan tanda tanya warganet.

Bukan itu sahaja, wujud beberapa tangkap layar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang mendakwa pasangan itu telah bernikah di Kelantan. Dakwaan itu bagaimanapun telah dinafikan Neelofa dalam satu kenyaataan rasmi semalam.

Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nadiah yang dipercayai berkhidmat sebagai pembantu peribadi Neelofa, tampil memuat naik satu Instastory mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Nadiah dikatakan sedang mencari individu yang dipercayai menyebarkan segala maklumat palsu berhubung kontroversi yang melanda Neelofa.

Tambahan pula, dia meminta kepada orang ramai yang mempunyai info mengenai wanita tersebut untuk tampil membantu pihaknya.

Terdahulu, Syamira sempat memuat naik satu tweet bersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang sekali gus menyebabkan imejnya tercalar.

 

Individu di dalam whatsapp itu juga mendakwa kononnya Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana sudah terkena ilmu pengasih.

 

Menerusi mesej tersebut menceritakan Neelofa sudah selamat berkahwin dengan Hariss di Kelantan, berwakil wali bapanya sendiri. Tidak berakhir di situ, mesej itu juga menceritakan Neelofa menghabiskan duitnya sebanyak RM100k kepada Harris dan sedang menetap di rumah bakal suaminya.

Lagi menghairankan apabila, mereka turut mendakwa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan terpaksa akur dengan segala permintaan tunangnya.

Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi kenyataan media yang dibuat semalam. Jelas tuan empunya badan, segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan media itu juga, beliau meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan segala mesej-mesej yang disebarkan.

Terbaru, menerusi semakan kami sebentar tadi, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.

Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail dan seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

Bagi yang tidak kenal, PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta kini turut bergelar sebagai seorang pelakon.