Pecahkan Gubahan Bunga, Oyen Terus Kaku Macam Patung Siap Buat Muka Tak Bersalah

Oyen dengan kenakalannya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dilakukan.

Terkadang kita sebagai tuan kucing pula yang geram. Nak dimarah, buat muka kesian pula. Comel betul, tak jadi nak marah!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing berwarna oren dilihat merosakkan sebuah gubahan bunga mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Amifaie, dapat kita lihat gubahan bunga tersebut sudah pun terbalik dan rosak.

Dapat juga kita lihat seekor kucing yang berada di tempat kejadian dengan muka tidak bersalah merosakkan gubahan itu.


Apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah dia seolah-olah kaku seperti patung dengan harapan tiada siapa yang tahu siapa yang merosakkan gubahan bunga tersebut.

“Dah buat salah jadi patung pula ingat orang tak tahu ke sape buat” ujar tuannya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen,rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing tersebut yang kaku seperti patung apabila melakukan kesalahan.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berseloroh bahawa oyen sememangnya takkan senang jika tidak buat masalah. Ada sahaja benda pelik yang nak dilakukannya.

Antara komen warga maya:

“aku duduk sini je dari tadi, takde sentuh pun bunga tu” – Oyen

“mata pun tak berkelip dia punya coverline tu kan hahahaha”

“dia nervous betul dah tu.. tak tahu apa nasib dia lepas ni..”

“comelnya patung tu.. mana beli?”

“salah bunga tu ada kat situ, bukan salah dia lah”

“terus buat muka blur tak bersalah ye meow”


Video yang tular di laman TikTok:

@amifaie Kucing sape macam ni pandai berlakon buat tak tahu 😭 #kucing #catsoftiktok ♬ original sound – Kak Lina