Pelajar Asrama Teringin Makanan Ala Korea, Cara Mereka ‘Seludup’ Pula Buat Peniaga Terhibur

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Namun, bagi pelajar asrama, sudah pasti mereka perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan biasanya mereka yang menetap di asrama tidak dibenarkan untuk memesan makanan dari luar untuk dibawa masuk ke dalam kawasan asrama.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seornag penghantar makanan , Syahid Abas, 27, dilihat membantu pelajar sekolah berasrama penuh untuk ‘menyeludup’ makanan dari pagar belakang mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, difahamkan Syahid berniaga makanan Korea dan sering mengiklankannya di media sosial.

“Saya berniaga makanan Korea di Semabok, Melaka. Nak dijadikan cerita ada pelajar sebuah sekolah berasrama penuh tingkatan enam berdekatan dengan tempat saya berniaga ni order makanan saya.”


“Mungkin dia nampak iklan di media sosial. Saya pun tak fikir panjang ambil je order dan pergi hantar, orang kedai saya pun cakap tak elok kalau tolak rezeki.”

“Saya pula kali pertama hantar ke situ, baru tahu yang sebenarnya asrama tu tak bagi bawa masuk makanan dari luar, ada warden jaga dekat depan.

“Jadi pelajar tu beritahu saya untuk hantar makanan ikut pagar belakang,” kata Syahid ketika dihubungi

“Saya mula-mula risau juga nak ikut macam apa pelajar itu minta buat, kalau orang tengok nanti orang cakap apa pula.

“Belakang tu dah la laluan yang digunakan orang kampung, nanti mereka ingat saya nak buat benda bukan-bukan dekat belakang asrama perempuan.”

“Saya cuma nak hantar makanan je. Saya pun risau kalau pihak asrama tahu, saya juga yang kena nanti sebab apa yang saya buat ni dah kira langgar peraturan mereka.”

“Tapi saya kesian dekat pelajar tu, mereka teringin nak makanan luar kebiasaan. Lagipun waktu tu Pandemik dan kawalan ketat, mereka tak boleh keluar langsung dari asrama,” ujar Syahid.

Syahid juga memaklumkan dia menunggu dua tahun untuk memuat naik video tersebut kerana risau ‘suhu’ yang panas pada ketika itu mungkin boleh menyebabkan dia mendapat kecaman.”

“Waktu zaman pandemik tu kita dapat tengok viral sana-sini orang langgar SOP. Ramai yang marah-marah.”

“Itu sebabnya baru sekarang saya upload sebagai kenang-kenangan, dulu saya simpan sendiri je,” ujar Syahid.

Selesai menghantar pesanan makanan buat kali pertama di sekolah berasrama penuh itu, Syahid mendapat pesanan buat kali kedua dari sekolah asrama yang sama.”

“Saya macam ‘alamak’ nak kena pergi hantar lagi sekali ke dekat pagar belakang tu. Dah la order kali ini banyak, dekat 12 bungkus.”

“Ada ramen semua mereka order mungkin kawan hari tu recommend. Saya tahu apa yang saya buat ni salah tapi saya kesian dekat mereka.”

“Waktu diaorang order tu dah malam dan saya diberitahu oleh kawan yang asrama tu ada kantin atau kafeteria tapi petang dah tutup.”


“Mereka mesti kelaparan ni lepas dah ulang kaji perah otak nak makan. Lagipun makanan dekat kantin tu menu yang berulang, mereka pun manusia mesti la nak merasa benda baharu juga.”

“Jadi saya pun terima order tu dan pergi hantar,” cerita Syahid.

Namun apa yang membuatkan Syahid terkejut adalah pelajar itu sudah menyediakan ‘sistem takal’ untuk menarik makanan tu ke atas pagar dan masuk ke dalam.

“Saya nampak mereka ikat kain dan baju kurung jadi macam tali dan sambungkan ke sebuah beg. Saya cakap memang kreatif budak-budak ni.”


“Saya tak buang masa dan terus letakkan makanan dalam beg tu. Risau nak tunggu lama-lama, ini kalau orang nampak ni memang macam-macam sangkaan boleh keluar, lain macam situasi dia.”

“Lepas dah letak makanan dalam beg tu mereka pun angkat ke atas untuk diambil. Ini first time saya menghantar makanan guna sistem macam ini,” kata Syahid.

“Ada yang cakap saya tak patut buat macam tu. Makanan dari luar kita tak tahu kebersihan dia macam mana, kalau ada keracunan makanan pihak asrama juga yang kena tanggung.”

“Ada sebab mengapa peraturan itu diwujudkan. Saya pun fikir ada betul juga tu. Selain itu ada juga yang cakap saya nak tutup periuk nasi pengusaha kantin asrama tu.”

“Yang ini dah tak betul la. Saya tak ada niat langsung nak buat macam tu. Saya memang hantar makanan tu sebab kesian dekat budak-budak tu,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@syahid_abas09 Hahaha 😂😂 #fyp #dak2hostel ♬ Ketawa – Cahaya cinta