Pelajar Memandu ‘Gelabah’ Kereta Mati Tengah Jalan, Aksi JPJ Keluar Daripada Kereta Buat Ramai Terhibur

Pelbagai ragam yang dapat kita lihat oleh pelajar memandu, ada sahaja benda aneh yang dibuat. Manakan tidak, pertama kali bawa kereta di atas jalan raya pastinya perasaan gemuruh itu ada.

Apatah lagi bila tiba ujian bersama JPJ, pasti ketar lutut habis tertukar segala ‘gear’ ketika memandu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat seorang pelajar memandu mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @m.rizwxnn, dapat kita lihat pelajar memandu sedang menjalankan ujian jalan raya bersama seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Dapat kita lihat, lampu isyarat sudahpun berwarna hijau namun kereta yang dipandu oleh pelajar tersebut mati menyebabkan pemandu yang lain terpaksa menunggu.


Selepas beberapa kali percubaan, kereta tersebut tetap tidak dapat dihidupkan dan bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas, anggota JPJ yang duduk dibahagian penumpang keluar daripada kenderaan dan memandu kereta tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ujian memandu bersama JPJ adalah satu perkara yang mendebarkan jadi tidak hairanlah jika pelajar tersebut gagal menghidupkan kereta gara-gara terlalu gemuruh.

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan tiada apa yang perlu diungkapkan lagi jika JPJ sudah turun daripada kereta. Apa yang termampu hanyalah redha sahaja dengan keputusan yang diberikan.

“Abg jpj da turun tu tukar tempat, tabah lah ye dik”

Antara komen warga maya:

“bila nervous macam2 boleh jadi, nak bagi signal pi bagi wiper”

“luck aku lah time ujian jpj traffic light semua pakat hijau”

“bukan pemandu tu je kene uji, pemandu lain pun kena tempias kena uji”

“nervous weh .. lagi ambil manual, mana nak tengok lampu isyarat, mana nak tekan clutch masuk gear, lagi duduk depan sekali”

“JPJ dah turun confirm gagal


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)