Pelakon Drama Pendek YouTube Did4kwa Buat Lap0ran P4lsu Dirinya Dir*gg0l di Kelantan

Seorang pelakon drama pendek di YouTube did4kwa di Mahkamah Majistret, di Kota Bharu, hari ini atas dua pertuduh4n pemerassan sehingga mendatangkan ketakut4n kepada seorang lelaki dan membuat laporan p4lsu mengenai kejadian roggol, pada Disember lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduh4n dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduh4n pertama, tertuduh did4kwa melakukan pemerassan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu meroggolnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran nasi kukus di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini jam 3 petang pada 19 Disember tahun lalu.

Nor Hafizah did4kwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksa4n yang memperuntukkan hukum4n penj4ra maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukum4n itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduh4n kedua, tertuduh did4kwa memberikan maklumat p4lsu kepada anggota polis bahawa dia diroggol oleh lelaki sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tindakan.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian jam 12.08 tengah malam pada 20 Disember lalu.

Tertuduh did4kwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksa4n yang memperuntukkan hukum4n penj4ra sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pend4kwaan dikendalikan oleh Timbalan Pend4kwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduh4n.

Riduan dalam rayuannya meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah selain perlu menjaga empat anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.

“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan penularan wabakCovid-19,” katanya.

Mahkamah membenarkan ikatjamin sebanyak RM2,500 untuk pertuduh4n pertama dan RM1,000 bagi pertuduh4n kedua masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.