Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

Jagung ini boleh didapati dalam pelbagai rupa dan bentuk tapi jika anda membelinya di pasaraya, memang jarang untuk menemuinya yang masih ada rambut.

Bagi yang tak pernah melihatnya, jagung yang mempunyai rambut ini mungkin sesuatu yang baru dan pelik. Lebih-lebih lagi jika dilihat kanak-kanak, macam-macam persoalan yang akan timbul hingga si penjaga juga terkedu mendengar soalan mereka.

Iospital phone repair gombak

Pemeriksaan percuma, klik DI SINI untuk whatsapp kami sekarang!

Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

Terbaharu, seorang ibu irianieliew telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat comel dan lucu anaknya.

Membawa pulang jagung yang mempunyai beberapa helai bulu yang masih belum dibuang, anak wanita itu berasa hairan apabila melihat rupa jagung tersebut.

Jagung Ada Rambut

Belum pernah melihat rupa jagung sebegitu, anak kecil itu seakan tertarik sambil dilihat memeriksa jagung tersebut. Puas dipusing, dia tiba-tiba menanyakan soalan yang tidak dijangka kepada ibunya.Jagung Ada Rambut

“Kenapa ada rambut? Baba tak ada rambut.”, tanya anak kecil itu.

Terkejut dengan soalan yang diajukan, wanita itu hanya mampu tergelak kerana tak sangka anaknya akan bertanya sebegitu.

Malah, di ruangan komen pula, orang ramai turut terhibur dan tidak dapat menahan ketawa dengan soalan pedas anak comel itu.

Usik seorang pengguna, “Ni baba dengar ni dik, nangis baba awak ni. Jujur sangat!”.

Ada juga seorang netizen menceritakan situasi sama yang terjadi padanya, “Macam kami la. Anak nombor dua kutuk babah dia, tak ada rambut!”.

Soalan Pedas Buat Ramai TerhiburJagung Ada Rambut

Sakit betul soalan adik ini. Patut lah ibu sampai tergamam dan tak tahu nak kata apa! Harap baba sabar sahajalah, kalau cuba jelaskan betul-betul mungkin anak faham sikit kot.

Video tular di laman Tikok:

@irianieliewAlamak baba … 😂😂😂♬ original sound – Irianie Liew