Pemandu Lori Sengaja Tekan Hon Lama2, Dua Pemandu Singapura Ditahan Polis

Semenjak kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura pada awal bulan April lalu, didapati banyak kenderaan keluar masuk dari kedua-dua belah negara. Oleh itu, pelbagai kejadian berlaku sepanjang tempoh pembukaan ini.

Sering juga kita lihat pelancong dari negara jiran yang paling hampir dengan kita iaitu Singapura membawa kenderaan masuk ke negara ini dengan menggunakan kemudahan jalan raya yang tersedia.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman yang dibuat oleh seorang pemandu lori memaparkan dia telah membunyinya hon kepada dua orang pemandu berpendaftaran Singapura.

Tindakan tersebut dibuat dengan niat untuk ‘mengajar’ dua buah kereta itu kerana sengaja menggunakan lorong khas lori/bas. Secara tidak langsung perbuatan mereka itu telah menyusahkan orang ramai ditambah pula dengan jalan yang sibuk ketika itu.

Menurut pemilik video ini, @ahmadzarinsamad, dia sengaja membunyikan hon dengan lama untuk menarik perhatian polis trafik yang sedang bertugas di pondok kastam.

Setibanya polis trafik di tempat kejadian untuk menahan pemandu Subaru dan Mazda, mereka tidak meneruskan perjalanan menggunakan lorong khas lori/bas, sebaliknya segera cuba memotong masuk semula ke dalam barisan yang sesak.

Mujur tindakan pemandu lori itu berjaya mendapatkan perhatian polis trafik. Kurang daripada seminit seorang pihak berkuasa menaiki motosikal datang  menghampiri lalu segera menahan kedua-dua kereta atas kesalahan yang dibuat.

Video yang dimuat semalam telah meraih perhatian netizen. Malah mereka menyokong tindakan ‘Abang Lori’ dan memuji kepantasan polis trafik kerana segera menahan pemandu yang bersalah tanpa ragu-ragu.

Netizen turut berpendapat agar pihak berkuasa mengenakan denda yang sama kepada rakyat Singapura seperti mana yang  dikenakan kepada rakyat negara ini yang membuat kesilapan jalan raya di sana.

Kerajaan Malaysia mendapati terdapat lebih 108,757 saman masih belum dijelaskan oleh warga Singapura sejak tahun 2016 ke 2021.

Video yang tular di laman TikTok

@ahmadzarinsamad #CapCut ♬ bunyi asal – #AhmadZarin#