Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Kedua Hari Ini, Rayuan Dibuka Bermula..

Pejam celik pejam celik kita sudah pun menghampiri penghujung bulan Ramadhan dan persiapan untuk hari raya pastinya semakin meriah.

Bagi anda yang menerima Bantuan Sara Hidup bulan Januari lalu, ini adalah berita baik !

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan mula dilaksanakan mulai hari ini kepada hampir 3.6 juta penerima di seluruh negara, menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan Lim berkata, bantuan itu akan melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1.42 bilion, lapor Kosmo.

Pembayaran akan dilaksanakan berdasarkan kategori merangkumi bilangan tanggungan anak dan nilai bantuan yang akan diterima.

Tambahnya lagi, bantuan akan mengambil kira anak penerima yang berusia 18 tahun ke bawah kecuali OKU.

“Kadar bantuan yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion pada 28 Januari lalu.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda jangan risau kerana pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Perkara ini adalah berdasarkan persetujuan dan akuan yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Rayuan Pemohon Tidak Layak BSHR

Bagi pemohon yang tidak layak, anda jangan risau kerna tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos depan.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Untuk sebarang persoalan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected].

Semoga dengan bantuan ini, ianya dapat melengkapkan persiapan hari raya Aidilfitri nanti.

2 Comments

  1. Mengapa status saya masi dalam proses padahal saya lebih awal mengemas kini apakah saya tidak layak menerima fasa kedua ini dan mengakap malah orang yang tidak kemas kini maklumat fasa kedua ini dengan senang2 nya mendapat kelulusan….

Leave a Reply to Ashia binti ikramCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.