Pemburu Paranormal Kantoi, Kelibat ‘Hantu’ Di Sebalik Pintu Jelas Pakai Seluar Sukan & Selipar Jepun

Di zaman teknologi ini, satu ‘kegilaan’ melanda segelintir anak muda di negara ini apabila mereka meredah kawasan seram dan menakutkan pada lewat malam untuk mencari hantu secara ‘live’ dia platform media sosial.

Tidak seperti kebanyakan masyarakat yang takutkan hantu, kumpulan anak muda sekarang bertindak di luar norma tradisi dengan harapan dapat berjumpa dan bersembang dengan hantu untuk mengenali makhluk alam ghaib itu dengan lebih mendalam.

Namun, tidak semua benda yang dipertontonkan itu boleh kita percaya kerana ada juga yang ‘dibuat-buat’ bagi mengejar jumlah tontonan dan likes.

Hal ini boleh dikaitkan dengan video perkongsian dari seorang pengguna lelaki TikTok @ceomaribincang, membongkarkan tentang ‘hantu buatan’ di salah satu video pendek aktiviti paranormal.

Menerusi video itu, kelihatan seorang pemuda melaung-laungkan perkataan ‘hadir hadir’ beberapa kali di dalam kawasan bangunan usang.

Justeru itu, beberapa saat selepas itu ternampak satu kelibat seperti ‘kepala’ menunjukkan diri di sebalik pintu yang ada di hadapan pemuda tersebut.

Ketika menuju ke arah pintu tersebut, pemuda itu  mengucapkan beberapa bacaan doa dan zikir, lalu terdengar bunyi ketukan beberapa kali pada pintu itu.

Saat pemuda tersebut membuka pintu, kelihatan ‘kelibat’ yang bersusuk tubuh manusia memakai baju berwarna cerah, seluar sukan jalur kuning dan berselipar. Selepas itu, pemuda tersebut segera mengalihkan kameranya merakam situasi di luar bilik.

Sebahagian penonton live itu memberi komen bahawa mereka terlihat ada susuk tubuh manusia di sebalik pintu, tetapi pemuda itu menafikannya dengan mendakwa dia hanya berseorangan sahaja ketika itu.

“Aku nampak baju seragam sekolah tadi sebelum masuk”

“Yep kantoi”

Video yang tular di TikTok: 

@ceomaribincang 2 orang dah macam ni menipu 🤣 tak semua para jujur geng. Kasi viral geng 😇 #DzPdauzmenipu #fyp #paranormaltiktok #copylink #parapenipu #fypシ゚viral #fypberandatiktok ♬ bunyi asal – Sanc

“Dua orang dah macam ni menipu, tak semua para jujur geng. Kasi viral” – coret pengguna TikTok tersebut

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tergeli hati akan pembongkaran yang telah dibuat oleh @ceomaribincang.

Terlihat ada juga netizen sanggup mengada-adakan ‘kewujudan entiti’ semasa melakukan live aktiviti paranormal.

Tambah orang ramai lagi, bukan mudah makhlus halus mahu menunjukkan dirinya di dunia nyata kerana ia ada caranya tersendiri bagaimana mahu memberit isyarat kepada manusia mengenai ‘kehadirannya’.

 

Sumber: TikTok @ceomaribincang