Pemilik Terkejut Rumahnya Sahaja Dilanda ‘Hujan Lebat’, Rupa-Rupanya Ada Tragedi Buat Ramai Terhibur

Seperti yang kita tahu, cuaca kini sukar untuk diramal bahkan ada juga di beberapa tempat yang dinaiki air dek kerana hujan lebat.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemilik rumah cemas apabila rumah nya dilanda ‘hujan’ mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @piepacuman di laman TikTok, kelihatan sebuah rumah di tepi jalan telah ditimpa ‘hujan lebat’ secara mengejut dan situasi tersebut sempat dirakam oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat berkenaan.


Bagaimanapun, apa yang menghairankan adalah hanya rumahnya sahaja dilanda ‘hujan’ lebat. Siapa sangka rupa-rupanya perkara tersebut terjadi kerana berlakunya kemalangan kereta yang melanggar sebuah pili bomba berdekatan rumah berkenaan.

Dapat kita lihat, pili bomba tersebut tercabut lalu memancutkan air yang deras ke arah rumah di situ dan difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi tersebut malah sempat berseloroh mengatakan mesti uncle tersebut berselimut sejuk tidur malam itu.

“Mesti uncle tu duduk dalam rumah berselimut sejuk” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui langsung tidak menyangka berlakunya kemalangan kerana ianya persis seperti air hujan.

Antara komen warga maya:

“Awalnya aku ingatkan bro ni jiran uncle ni.. rupa rupanya dia duduk tepi jalan”

“Hareyyy.. padan la aku tengok bukan main lebat hujan dia”

“Aku pelik juga kenapa hujan datang dari tepi, rupa-rupanya..”

“Kereta tu untung tak payah pergi carwash basuh..”

“Kena gula gula macam tu je.. aku tergelak part dia pusing camera slow2 kat kereta tu.. maaf uncle..”

“Uncle dah boleh buka carwash.. tinggal letak sabun je kat kete”

“Adoiihhhhhh pening aku mikir eh takkan la hujan kat rumah uncle 1 ni je.. rupanya haha..”

“Raya cina dah tak payah cuci umah dah.. bersih terus..”


Video yang tular di laman TikTok:

@piepakcuman♬ original sound – pie pakcu man