Penduduk Indonesia Kecoh Temui Toyol Berwajah Manusia, Cetus Musykil Netizen

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Misteri kewujudan toyol terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu bukan perkara asing malah segelintirnya percaya ia merupakan sejenis makhluk halus jelmaan jin.

Kebiasaannya, kita sering terdengar kisah toyol dipelihara bagi tujuan mencuri kerana ia dikatakan mampu menyelinap ke ruang kecil dan menjejak wang meskipun barang berharga disorok di tempat tersembunyi.

Kelincahan makhluk itu dikatakan kerana ia menyerupai kanak-kanak kecil menjadikan ia senang masuk ke ruang kecil.

Kisah ini boleh dikaitkan dengan sebuah video perkongsian penangkapan makhluk misteri jenis toyol yang menarik perhatian ‘penghuni’ media sosial terutama sekali Indonesia yang heboh baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @heri_crb17, kelihatan seorang lelaki yang dikelilingi oleh orang ramai kerana memegang satu makhluk misteri.

Menurut Indo Zone, difahamkan peristiwa itu terjadi di Cirebon, Jawa Barat. Sementara itu dari maklumat yang dikumpulkan lokasi berada di Desa Buyut, Kecamatan Gunungjati, Kabupaten Cirebon.

“Makhluk di tangan lelaki tersebut kelihatan lebih kecil daripada saiz ibu jari orang dewasa.

“Sekali imbas, makhluk yang dipegangnya mempunyai wajah yang mirip dengan bentuk wajah manusia.

“Selain itu, makhluk tersebut juga kelihatan seperti memiliki sepasang kaki dan tangan seperti bayi yang baru lahir,” lapor Indo Zone.

Difahamkan, lelaki tersebut cuba untuk memasukkan ‘toyol’ itu ke dalam botol air mineral dan kedengaran suara-suara samar orang sekeliling yang teruja.

“Warga Cirebon kecoh dengan penampakan Toyol di siang hari,” tulis pemilik akaun tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@heri_crb17 Warga Cirebon dihebohkan oleh penampakan Tuyul disiang bolong… #penampakanhantu #tuyul #penampakanpocong #fyp #foryoupage ♬ suara asli – heri_crb17

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 2.5J tontonan, 154.9K tanda suka, 3006 komen dan 1508 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja dengan penemuan misteri itu. Namun, ada juga netizen yang musykil akan makhluk ditangkap itu.

Bagaimanapun, ada juga para netizen yang berkata sesuatu yang agak ‘mematahkan’ sangkaan kewujudan toyol tersebut kerana menganggap ia seperti mainan budak.

Antara komen warga netizen:

“Gantungan kunci? hahahahaha”

“Lebih percaya Justin Biber kontrak di Bekasi”

“Mainan budak ke tu”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Sumber: Indo Zone, TikTok @heri_crb17