Pengantin Enggan Bayar Catering RM 26,000, Siap Ugut Takkan Buat Pembayaran Kalau Viralkan

Ramai daripada kalangan pengantin baru lebih memilih untuk menempah pihak katering bagi majlis perkahwinan mereka berbanding mengadakan aktiviti ‘rewang’.

Pun begitu, harga katering sememangnya tinggi namun berbaloi dengan servis yang diberikan apatah lagi barangan dapur pada masa kini meningkat. Mudah kata, kalau nak senang, perlulah usaha lebih.

Jika tidak mampu, buat lah majlis secara sederhana agar akhirnya tidak menyusahkan diri sendiri dan ramai pihak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap sepasang suami isteri yang didakwa tidak melunaskan bayaran perkhidmatan katering milik keluarga mertuanya, walaupun sudah 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pada awalnya pihak katering ada meminta untuk melakukan pembayaran deposit dahulu. Namun pasangan tersebut memberi alasan untuk tidak berbuat demikian dan berjanji akan membuat pembayaran penuh selepas tamat majlis.

Menerusi perkongsian wanita ini, dikatakan menu yang dipilih pasangan tersebut ialah dua ekor kambing golek, makanan untuk 1,850 tetamu, makanan beradab pengantin, dome set – 5 set, air minuman oren jenama F&N untuk 1,000 botol dan kesemua itu berjumlah RM26,000+.

 

Usai sahaja majlis, pihak katering menerima bayaran berbentuk cek namun cek tersebut adalah cek tendang dimana tidak diterima oleh pihak bank.

Atas budi bicara, pihak katering memberikan masa selama 2 bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malangnya, sehingga kini tiada sebarang pembayaran daripada pasangan berkenaan.

Oleh kerana sikap lepas tangan mereka, pengadu terpaksa menularkan kes tersebut di media sosial demi mendesak mereka membayar RM 26,000 itu.

“Akak nak nasihat dik, korang kalau nak kahwin tapi duit tak berapa nak ada, buat mihun goreng dan doa selamat je dah cukup dik. Nak lagi jimat, buat je kenduri tu selepas Subuh. Tak payah nak menu beriya noh bersusun dari Perak sampai ke Johor.”

“Makeup kau tepek je bedak nyonya tu. Lipstik pinjam jiran sebelah. Kerusi sanding kau ambil je kerusi rumah mak kau. Ini menu bukan main mewah uols! Tak nak kalah, siap minta tolong belikan F&N Fanta botol untuk bagi tetamu. Hujung-hujung dia bagi cek tendang.”

“Kita ni bukan tak minta deposit, dah minta.. sampai sehari majlis dah minta depo. Tapi tak ada, sebab fikirkan kesian esok diorang tak ada makanan dan dah janji nak bayar full selepas majlis. Kita proceed saja sebab orang kampung dan ada bau-bau bacang sikit.”

“Sebelum ini pun mostly penduduk Kampung Selabak baik tau, tak pernah tak bayar katering. Dia ni je entah sesat mana, tak reti membayar.”

“Minta tempoh dua bulan nak bayar selepas kantoi bagi cek tendang. Tapi dah nak masuk bulan 10, masih sendu ya. Siap ugut kalau viral, tak nak bayar. Eh kau pahal? Siapa hutang siapa?” kata pengadu.

 

Lebih membuatkan ramai berang apabila terdapat beberapa lagi individu lain yang juga menjadi mangsa penipuan pasangan berkenaan.

Sekadar info, Pihak pengadu telahpun membuat laporan polis dan akan memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka.

 

Sumber : Facebook Komuniti Kuantan