Pengantin Lelaki Lengkap Berbusana Nekad Terjun Tasik Selamatkan Budak Lelaki Terjatuh

Acap kali kita dengar tentang tragedi lemas yang berlaku di negara sendiri apatah lagi kebanyakkan daripada kejadian tersebut melibatkan kanak-kanak.

Ada yang berjaya diselamatkan namun ada juga yang tewas malah ada juga yang langsung tidak dijumpai dek kerana hanyut dibawa arus yang deras.

Pun begitu, tahu kah kita, untuk menyelamatkan orang yang lemas bukanlah satu perkara yang mudah? ianya satu proses yang sangat berisiko dan perlu mempunyai teknik yang betul agar orang yang menyelamatkan turut terselamat.

Sudah banyak kejadian yang menjadi wacana hangat di dada akhbar dimana penyelamat khas seperti JPAM, BOMBA atau orang awam yang datang menyelamat turut ‘hanyut’ dibawa arus yang deras.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak kelihatan terjatuh ke dalam sebuah tasik di Anak Bukit, Kedah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @anipp.88, kelihatan seorang lelaki tekad untuk terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyelamatkan budak lelaki itu dan siapa sangka rupa-rupanya lelaki itu merupakan seorang ‘raja sehari’ yang baru sahaja selesai sesi photoshoot bersama isterinya.

Dia terjun ke dalam tasik itu dengan memakai pakaian pengantin demi memastikan budak lelaki tersebut selamat sambil dibantu oleh beberapa orang awam yang lain.

Bagaimana pun, dikatakan budak lelaki itu berjaya dibawa naik ke darat dalam keadaan selamat cuma terdapat kesan luka ringan pada bahagian kaki.

Video yang tular di laman TikTok:

@anipp.88 #herokitaniboss ♬ bunyi asal – anipp ahmad

@anipp.88 #herokitaniboss #part 2#fyp#tahniah ♬ bunyi asal – anipp ahmad

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 40.4K tanda suka, 771 komen dan 255 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan keberanian lelaki tersebut kerana mengakui ianya bukan lah satu perkara yang mudah kerana mangsa akan berpaut pada penyelemat dan ia lebih menyukarkan penyelamat untuk berenang ke darat.

Bukan itu sahaja, malah para netizen berpendapat bahawa daripada cara lelaki tersebut menyelamatkan budak lelaki itu, kelihatan dia sudah mahir dan tahu cara-cara menyelamatkan orang yang lemas.

Tidak cukup dengan itu, warga maya juga menyifatkan isteri kepada lelaki tersebut beruntung memilikinya kerana mempunyai sifat keprihatinan dan tanggungjaab yang amat tinggi.

Antara reaksi warga TikTok: