Tular Video Meja Gerai Laksa Diterbalikkan, Akak Keropok Lekor Mohon Maaf & Dedah Kisah Sebenar

Semalam tular satu klip video di laman TikTok seorang peniaga laksa yang mendakwa gerai niaganya telah pun diseranng oleh seorang peniaga keropok lekor bersebelahannya di Taman Koperasi LLN, Kajang.

Menerusi video yang telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan di platform media sosial itu, ia memaparkan seorang peniaga lain datang menghampiri tapak jualannya sebelum didakwa menterbalikkan barang niaga individu ini.

Boleh dilihat di dalam video itu laksa yang dijualnya juga kelihatan tertumpah dan berterabur di atas jalan.

Setelah peniaga keropok lekor itu beredar, dapat dilihat individu ini sempat mengutip satu persatu bahan laksa yang jatuh di atas tanah itu.

Difahamkan, kejadian itu berpunca atas dasar tidak puas hati dan bermula dengan kata cacian.

Kisah serta kronologi cerita sebenar apa yang berlaku telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kaseh Meow Elena.

Menurut apa yang dikongsikan peniaga itu baru sahaja memulakan perniagaan menjual laksa.

Tetapi siapa sangka, di hari pertama berniaga, dia mendakwa sudah ‘diserangg’ oleh peniaga bersebelahan dengannya.

“Kopipes dari anak buah den, ni kawan dia yg kena..korang tolongla forward merata.. rezeki dari ALLAH to luas..tak perlu busuk hati sesama Islam..

“Semua tgh susah sekarang.. sharing is caring kan..tu bukan bapak ko punya jalan kot..yg taknak org meniaga sebelah.. Astaghfirullah„

“At 8.56pm, orang jual kopok lekor dah minta maaf dengan abg ipar adik yg jual laksa ni. So rasanya Ig sejam saya delete post ni ya. Kita doakan yg terbaik utk kedua2 pihak.

“My friend wanted to setup her laksa stall next to this one keropok lekor stall that kept throwing insults towards her and her companion.

“Just as she finished setting up, a girl from the next stall came up to them and flipped off their ingredients from the table causing it to fall and spill on the ground.

“This action itself is unwarranted and unreasonable but i have lots to say about this incredibly disrespectful woman and her ignorant coworkers.

“First and foremost, why the bitchy act? Do u own the street? I bet u didnt even pay to hawk ur stuff there. It’s a free for all place to sell stuff and earn money together and you’re acting like ur the only one entitled to it.

“Second, she’s selling laksa and you’re selling keropok lekor. 2 different food for different people.

“Why are you acting as if she’s profiting off stealing ur ideas and she’s robbed off ur money? Third, she most definitely went there with the innocent goal to collect money like you are, it’s terribly inconsiderate of you to do such childish act just to stop someone from being able to pay their bills.

“I don’t usually comment and judge someone based on their appearance, but your ugly attitude makes your appearance extremely loathsome to look at. Good day.”

Terbaru, menerusi posting yang dimuat naik di akaun Facebook yang sama, dimaklumkan kedua-dua peniaga tersebut telah berdamai dan bermaaf-maafan sesama mereka.

“Assalammualaikum semua. Susulan kes keropok lekor vs laksa dah settle. So kita doakan yg baik2 utk mereka berdua.

“Esok berniagala dengan berhemah. Ingat rezeki Allah to banyakkkk dik.. Yg mana add fren maklong mintak maaf.

“Tidak ku pinta jadi femes sebegini.. X perlu add fren saya.. Bosan korang nanti Sampai sini saja..

“Segala yg baik hanya dari ALLAH S. W. T.. Yg kurang baik dr diri kita manusia yg kerdil ni..

“Terima kasih semua dan maaf zahir dan batin. Wassalam.”

Terdahulu, dilaporkan peniaga laksa tersebut telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan meskipun ‘jiran’ peniaga keropok lekor itu telah tampil membuat permohonan maaf kepadanya.

Kisah mereka mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan peniaga keropok lekor tersebut yang didakwa iri hati dan tidak menyokong sesame peniaga yang turut sama mencari rezeki.

Default image
admin
Articles: 818