Peniaga Kurangkan Timbangan Cili, Keberanian Wanita Ini ‘Sound’ Buat Netizen Kagum

Umum kita tahu, kita perlulah tanamkan kejujuran dalam apa sahaja urusan berniaga termasuklah jual beli secara dalam talian (online).

Perkara utama yang penting ialah kedua-dua pihak sama ada penjual atau pembeli mestilah bersikap dengan jujur.

Kejujuran akan menjadikan jual beli berlangsung dengan baik dan memuaskan setiap pihak.

Malah dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek.

Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dan seringkali kita mendengar ada peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pembeli dengan mengurangkan timbangan sesetengah barangan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggang akui kesal sebelum mengamuk di sebuah pasar di Indonesia kerana ditipu oleh peniaga mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @tidakuse, Wanita berkenaan dilihat menengking ketiga-tiga peniaga tersebut dan kejadian itu turut disaksikan oleh pelanggan-pelanggan lain yang berada di tempat kejadian.

“Hei perempuan, saya beli cili di sini dua minggu lepas. Timbangan cili merah kurang satu perempat.”

Dapat juga kita lihat peniaga tersebut menengking semula dan meminta wanita ini untuk pergi namun tegas wanita ini dia langsung tidak takut menegakkan kebenaran.

“kau ingat aku takut dengan kau? ini tanah lahirku, buat apa aku takut sama kau yang pendatang!” tengkingnya apabila peniaga tersebut seolah-olah mahu lepas tangan.

Dakwa pelanggan ini lagi, kejadian seumpama itu telah dua kali berlaku dan sebagai bukti dia meminta peniaga berkenaan mengeluarkan mesin penimbang dan menimbang di hadapannya.

Sebelum wanita ini beredar, dia sempat n memberikan peringatan kepada pelanggan lain supaya tidak membuat sebarang pembelian di kedai berkenaan.

Video yang tular di laman TikTok:

@tidakuse #infobatam #infobatamkota #fyp #cabecabean ##fypsound #fypシ゚viral #fypsouds #fypsounds🎶 ♬ suara asli – menarik

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 6 Juta tontonan, 215.7K tanda suka, 10.2K komen dan 5964 perkongsian di applikasi TikTok.

BACA: Mata & Kepala Dicicah Dalam Cili, Sotong Dimakan Hidup-hidup Buat Netizen Kurang Senang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan keberanian wanita itu dalam menuntut keadilan sebagai seorang pembeli.

Berikut merupakan komen warga maya: