Peniaga Tepi Jalan Selamba Simen Kawasan Awam Macam Tempat Sendiri Dikecam Netizen

Setiap orang pastinya menggunakan pelbagai cara untuk mencari rezeki bagi menyara hidup mereka. Ada yang bekerja makan gaji malah ada juga yang memilih untuk berniaga.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir orang kita tidak akan lari dari hasad dengki jika melihat ada yang lebih sikit berbandingnya.

Menerusi perkongsian yang tular baru-baru ini di laman TikTok @saffeerahim90, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tapak perniagaannya ‘dikacau’ oleh orang yang dengki padanya.

“Kadang-kadang aku tak faham kenapa manusia ni ada hati yang busuk. Tak boleh tengok orang nak upgrade sikit. Laju je buat complain. Aku just nak berniaga! Tak kacau orang pun! Kenapa nak dengki?” – tulisnya di rakaman video tersebut.”

Menerusi video tersebut kelihatan Saffee bersama beberapa rakannya sedang menyimen tapak perniagaan mereka.

Namun, video perkongsian itu tidak mendapat respon yang baik daripada netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kawasan tersebut perlu disimen dan ini bukan dikaitkan dengan hasad dengki.

Meninjau di ruangan komen, para netizen juga berpendapat bahawa kawasan awam tidak sebolehnya diubah sesuka hati kerana ianya bukan tanah hak miliknya.

Antara komen para netizen:

“Masalah betul orang yang buat benda tak ikut law. Suka hati dia je guna tapak awam buat tempat niaga dia.”

“Kita ni meniaga jangan sampai salah gunakan hak, mana boleh buat binaan kekal macam tu. Bukan masalah dengki tak dengki laa.”