[VIDEO] “Saya digelar Dajal & makan duit haram..” Ebit Lew Nafi Guna Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menunaikan janji apabila muncul memberi pencerahan dan penjelasan terhadap tohmahan yang dilemparkan kepadanya mengenai misi kemanusiaan yang dijalankan di Gaza, Palestin baru baru ini.

Memakai jubah berwarna biru, Ebit yang muncul lebih setengah jam daripada waktu dijanjikan menerusi Live Instagram dan Facebook menegaskan terpaksa membuka mulut selepas menerima banyak hinaan sehingga menganggu anak dan isteri termasuk keluarga seperti arwah bapanya.

“Saya ulang balik ya, saya minta maaf. Ada yang gelar saya Dajal, bab*. setan, buang kupiah. Macam macamlah. Mereka gelar saya dajal. Saya terluka jugalah.

“Sampai ada yang hantar DM pada anak, isteri saya. Jadi saya dapat nasihat daripada ramai juga pihak termasuk yang akrab dengan saya, saya jawab lah persoalan semua hari ini,” kata Ebit.

Ebit kemudian menyebut dua individu yang banyak menyentuh namanya mengenai misi di Gaza iaitu rapper Caprice dan rakyat Malaysia yang menetap di sana yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri.

Menurutnya perkara pertama yang suka untuk dijelaskan adalah mengenai dakwaan terkait dana atau duit yang bawa dari Malaysia masuk ke Gaza sebagai sumbungan.

“Saya tak pernah buka Tabung Gaza. Memang tak pernah. Niat saya hanya nak tolong. Saya tak buka Tabung Gaza. Tak pernah, yang buka Tabung Gaza ini orang lain, bukan saya,” ujar Ebit.

Beliau kemudian menambah: “Ramai yang ingat saya juga bawa duit dari Malaysia. Duit Malaysia. Tak ada juga. Saya tak ada Tabung Gaza. Saya pakai duit saya sendiri semuanya. Semua duit saya.”

Sebaliknya, Ebit mahu Nadir menjelaskan di mana duit sumbangan atau dana yang didakwa kononnya bernilai RM20 juta kerana dirinya tidak tahu dan tidak pernah membawa duit Malaysia masuk ke Gaza.

“Saya juga nak tahu, ke mana perginya duit RM20 juta itu, sebab saya tak tahu dan tak ada bawa duit itu,” tegasnya.

Dengan penjelasan tersebut, Ebit berharap agar beliau dapat menjawab persoalan bersifat fitnah kepadanya apabila ramai yang mendakwa dirinya penunggang agama dan memakan duit haram.

Disaksikan lebih 200, 000 yang menonton live yang masih lagi berlangsung, Ebit bagaimanapun dengan tenang mengatakan sudah memaafkan semua pihak yang memfitnah dan salah faham terhadapnya.

Semalam Ebit membuat laporan polis berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.

Klip video Live Ustaz Ebit Lew

@yoynetwork“Ada yang gelar saya Dajal, bab*. setan, buang kupiah. Macam macamlah. Mereka gelar saya dajal. Saya terluka jugalah.” ##ebitlew♬ original sound – YOY Network

Ebit memaklumkan beliau difitnah dalam isu yang tular kebelakangan ini dan akan membuat penjelasan lanjut dalam satu sidang media.

Terdahulu Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 6.15 petang semalam dengan kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan diiringi dua buah kenderaan lain.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat berkisar kepada dakwaan yang dibuat oleh Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Bagaimanapun beliau bersedia membuat penjelasan terhadap segala isu yang dibangkitkan Nadir terhadap beliau.

“Sebelum ini saya sememangnya berdiam diri terhadap sebarang tohmahan dan fitnah terhadap diri saya, dari dulu lagi namun berkaitan isu terbaru ini apabila saya tiba dari Gaza, anak dan isteri saya sendiri tidak dapat menahan kekecewaan dan menangis tentang segala tuduhan yang datang, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis hari ini.

“Laporan (polis) ini adalah sebagai menyangkal segala dakwaan yang tidak benar berkaitan misi di Semenanjung Gaza, Palestin dan meminta polis menyiasat segala fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak berkenaan.

“Dalam laporan polis itu, saya telah memberikan nama-nama serta mereka yang memetik dan berkongsi segala kenyataan fitnah pihak itu kepada pegawai penyiasat untuk membantu siasatan polis,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Default image
admin
Articles: 831