[VIDEO] “Ke mana RM20juta hasil derma?” Ebit Lew Minta Nadir Al-Nuri Jawab

Sebentar tadi pendakwah bebas, Ebit Lew tampil menjawab segala tuduhan dan dakwaan yang diterimanya sebelum ini daripada penyanyi rap Caprice dan Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Menerusi siaran langsung di laman media sosial beliau, Ebit Lew turut menjelaskan setiap tuduhan yang ditujukan kepadanya termasuklah isu kutipan sumbangan sebanyak RM20 juta setiap tahun.

Pendakwah bebas itu memberi respon terhadap isu dakwaan melancarkan Tabung Gaza bagi membantu rakyat Palestin di sana.

Walau bagaimanapun, Ebit mengakui tidak pernah melancarkan Tabung Gaza tersebut sepertimana digempar-gempurkan orang ramai sebelum ini.

“Saya lalu jalan yang betul. Tidak lalu bawah tanah. Jadi kita lalu di bawah Wisma Putra yang beri sokongan penuh daripada awal.

“Saya tak pernah buka tabung untu Gaza. Yang buka tabung untuk Gaza ni adalah orang lain, anak muda. Saya pakai duit saya sendiri dan teman-teman rapat saya.

“Saya tak pakai duit orang dan tak pernah buka tabung Gaza. Yang buka tabung Gaza ni orang lain dengan niat membantu Palestin.

“Ramai orang yang niat ikhlas untuk membantu kepada tabung Gaza milik Nadir Al-Nuri. Jadi, duit itu diisytihar di TV, surat khabar RM20 juta.”

Pada masa sama, Ebit Lew meminta orang ramai untuk bertanyakan persoalan mengenai jumlah sumbangan itu kepada NGO Nadir Al-Nuri.

Menurutnya lagi, dia hanya mengetahui sejumlah wang sebanyak sekitar RM500 ribu hingga RM20 juta telah digunakan bagi sumbangan berbentuk makanan.

“Soalan patut ditanya, RM20juta tu ke mana sekarang? Setiap tahun RM20juta. Nampak kan buat itu sikit ini sikit, RM20 juta. NGO tukar sticker RM20juta.

“Jadi, macam itu ke tuan-puan terima? Tuan puan kena soal orang yang tanya saya. Soal dia dulu sebab dia yang collect RM20juta. Dia lah orang yang janji nak serah kepada Nadir.

“Tuan puan boleh tanya dia. RM20juta kat akaun siapa? RM20juta tu dah transfer ke Nadir ke? Ada resit tak tunjuk RM20juta?

“Setakat ini dia bagitahu RM500 ribu ke RM1juta untuk belanja makanan. Itulah yang dia update. Yang lain cuma plan-plan. Yang plan tu saya tahu.

“Menteri Gaza ada bagitahu apa semua tu. Yang selebihnya kena check dengan Nadir Al-Nuri.”

Sedutan live Ustaz Ebit Lew

@yoynetwork“Soalan patut ditanya ke mana RM20juta yang dikutip?” ##ebitlew♬ original sound – YOY Network

 

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menjelaskan di mana beliau tidak pernah membuka tabung Gaza.

“Saya tak pernah buka Tabung Gaza. Memang tak pernah. Niat saya hanya nak tolong. Saya tak buka Tabung Gaza. Tak pernah, yang buka Tabung Gaza ini orang lain, bukan saya,” ujar Ebit.

Beliau kemudian menambah: “Ramai yang ingat saya juga bawa duit dari Malaysia. Duit Malaysia. Tak ada juga. Saya tak ada Tabung Gaza. Saya pakai duit saya sendiri semuanya. Semua duit saya.”

Dengan penjelasan tersebut, Ebit berharap agar beliau dapat menjawab persoalan bersifat fitnah kepadanya apabila ramai yang mendakwa dirinya penunggang agama dan memakan duit haram.

Semalam Ebit membuat laporan polis berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.