Peraga Tudung Mengikut Tahun, Tutorial Lelaki Ini Bikin Dekah Ramai Siap Ada Yang Tanya Subang Beli Mana

Seiring dengan zaman yang berlalu, fesyen tudung pun mestilah berubah-ubah mengikut tahun kan? Tak dapat dinafikan, kaum perempuan memang kreatif bila bab melaram.

Malah, setiap tahun ada sahaja pelbagai jenama dan fesyen tudung diperkenalkan yang berjaya menjadi perhatian kaum wanita.

Iospital phone repair gombak

Macam-macam tutorial tudung perempuan boleh buat tak kira jenis material apa sekali pun! Tapi, korang boleh bayangkan tak kalau lelaki yang jadi model tudung?

Baru-baru ini, tular satu video kelakar di TikTok oleh Muhammad Farhan memapakan dirinya menggayakan style tudung perempuan dari tahun 1970-an sehingga tahun 2022!

Menerusi video yang dikongsi, dilihat walaupun hanya menggunakan sehelai tudung berwarna kelabu cair, dia masih mampu untuk meniru pelbagai fesyen tudung yang diperagakan oleh kaum wanita.

Yang membuatkan ramai tidak mampu untuk menahan ketawa, dia turut menunjukkan gaya tudung BBNU yang mengenakan subang di telinga!

Malah, macam-macam jenis tudung yang ditiru sambil membuat riak muka lucu, seolah-olah meniru ekspresi muka kaum hawa yang sedang selfie di depan kamera.

Sejak video berdurasi hampir seminit itu dikongsikan tempoh hari di media sosial, video tersebut telah berjaya mencuri perhatian ramai dan mengaut tontonan sehingga 392.8 ribu serta meraih 8774 tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur hati melihat impersonasi yang dibuat oleh lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang menyatakan wajah Farhan juga dikatakan mirip dengan puteri perdana menteri, YB Nurul Izzah Anwar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Muka mirip nurul izzah anak datok Anwar style pun sama 😂😂😂😂 maaf bukan kutuk tapi nyata😂😂😂😂😂”

“bang….nak tanya subang beli kat mana”

“Kahkahkah tang earing tu kelako la siakk 🤣🤣”

“aduh sakit perut 😅😂😀🤣”

“kenapa nampak mcm nurul izzah?”

Video yang tular di laman TikTok

@farhannoobies 😂😂😂..semacam gaya.. #fypシ゚viral #fypシ #fyp #fypdongggggggg #pelitfyp #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ original sound – MFS – Muhammad Farhan (MFS)