“Perasaan Tunggu Anak ‘Meninggal Dunia’ Tak Mahu Saya Ulang Lagi” Air Mata Fazley Yaakob Jatuh Kenang Suka Duka Membesarkan Fieradz

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih dan sayu apabila mendapat tahu anak kesayangan yang dilahirkan menghidap penyakit sejak dilahirkan.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka dan dukanya mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.

Namun jauh dari sudut hati seorang penyanyi iaitu Datuk Fazley, dia reda dengan ketentuan dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Menurut Fazley, dia pernah diberitahu oleh doctor yang anak kesayangannya itu mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.

“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.

“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.

“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.

“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Meneruskan perkongsian pelantun lagu Kerna Asmara ini, dia tidak mahu mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.

“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.

“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar. Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” tambahnya.

Sekadar info, Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Pasangan itu kemudian mengadakan majlis persandingan semula sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 2018.

Isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad pernah 13 kali keguguran sepanjang mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.