Pernah Tular Ratapi Pemergian Isteri, Giliran Suami Pula ‘Pergi’ 4 Hari Kemudian

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, itulah yang boleh digambarkan disaat pandemik ini berlaku.

Banyak berita kematian yang dilaporkan setiap hari walaupun dikatakan sudah semakin baik.

Kematian orang tersayang pasti membuatkan kita tidak mempunyai semangat untuk hidup.

Sebelum ini tular di media sosial tentang seorang warga emas yang meratapi pemergian isterinya yang telah meninggal dunia akibat jangkitan wabak C19.

Dia dilihat menangis dan lemah sehingga mahu rebah sebaik sahaja van jenazah lalu di hadapan rumahnya bagi memberikan penghormatan terakhir buat si isteri sambil dipapah oleh anak ketiganya manakala yang lain masih kuarantin.

Lambaian terakhir dari suami

@dayahzulrimiPerjalanan akhir ibu saudara ku . Lambaian terakhir dari suami n anaknya . Pok terus kuat 💪🏻 kami selalu ada di belakang pok ##covidfigther♬ original sound – Amptech home

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh anak saudara warga emas tu, bapa saudaranya itu baru sahaja dikhabarkan meninggal dunia setelah 4 hari pemergian isteri tercinta.

Dikatakan bapa saudaranya mempunyai masalah jantung dan telah ditemui jatuh di dalam bilik air.

“Sedekahkan Al-fatihah kepada bapa saudara sya yg bru dijemput ilahi sebentar tadi . Allahu ”

“Dia ada sakit jantung, tadi dia jatuh dalam bilik air”

Jelasnya lagi, bapa saudaranya mempunyai 5 orang anak lelaki yang berusia 7 hingga 23 tahun dan terbaharu dia mengongsikan perbualan keluarga dengan anak sulung bapa saudaranya itu melalui aplikasi Whatsapp.

Dapat didengari suara anak sulungnya yang begitu sebak menceritakan situasi pahit itu. Lebih menyayat hati, dia harus memikul tanggungjawab setelah kedua ibu bapanya pergi tambahan pula dengan adik-adik yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang ibu bapa.

Sekarang Pok pula pergi

@dayahzulrimiAl-fatihah pok saudara ku . Baru kehilangan isteri . Sekrang pok pulok g😭😭♬ original sound – Ezaaa🐊 – ezaaaaaa🐊

Perkongsian tersebut telah meraih simpati netizen yang turut terkejut dengan berita kematian itu kerana baru sahaja kehilangan isteri dan kini dia sendiri dijemput ilahi selepas beberapa hari berduka. Sememangnya jodoh mereka hanya ajal yang dapat memisahkan.

“Cinta sejati di dunia, cinta abadi di syurga. Sungguh kuat jodoh sampai akhir hayat”

Lantaran itu, netizen turut mengucapkan takziah di atas berita duka itu buat seluruh keluarganya dan juga doa buat pesakit C19 yang lain yang masih berjuang meneruskan hidup.

“Sedihnya. Semoga terus kuattt. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman .aamiin”

“Aku tak tahu nak gambarkan rasa simpati pada semua yg mengalaminya. Hanya kiriman doa utk roh mereka dan tiupan semangat bagi yg ditinggalkan. Aamiin”

Kredit: YOY.MY