Persis Anak Dara, Lisa Surihani Kongsi Resepi Kurus Dengan Diet Gaya Sunnah.

Kita semua pastinya tidak asing lagi dengan pelakon cantik Lisa Surihani. Nama besar yang muncul  dalam industri hiburan di negara ini ternyata mewarnai dunia hiburan tanah air.

Lisa turut berbakat besar dalam pelbagai bidang merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan jurucakap produk Malaysia.

Setelah melahirkan cahaya mata, Lisa mengalami kenaikan berat badan yang sangat mendadak dan kini beliau berjaya menurunkan berat badannya.

Kini, beliau kurus persis anak dara walaupun telah mempunyai dua orang cahaya mata. Ia menjadi inspirasi kepada ramai orang diluar sana untuk mendapatkan berat yang ideal.

 

Ramai yang telah berkongsi kejayaan mereka dalam perjalanan penurunan berat badan dengan mengamalkan tip yang dikongsi oleh Lisa Surihani ini.

Lisa kembali kurus dan ramping setelah melahirkan anak kedua. Mari kita lihat rahsia disebalik kejayaan lisa dalam menurunkan berat badan beliau.

Lisa turut berpesan, tips yang beliau amalkan berkesan untuknya tetapi mungkin tidak semua orang sesuai dengan tips yang dikongsikan olehnya.

Ini merupakan 4 tips utama yang diamalkan oleh Lisa Surihani:

1. Mengawal dan mengurangkan jumlah gula yang diambil samada dalam makanan dan minuman.

Salah satu punca kegemukan adalah dari gula. Anda perlu bijak mengawal kadar gula yang diambil dalam rutin seharian.

Lisa cuba untuk mengurang kadar gula yang diambil samada dalam makanan mahupun minuman.

2. Lisa tidak menggunakan beras biasa sebalikanya saya bertukar ke beras herba ponni

Selain gula, beras juga antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam perjalanan penurunan berat badan Lisa.

Lisa bertukar dari beras biasa ke beras herba ponni. Ini kerana beras ini mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Selain itu, anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil dalam kuantiti yang sedikit.

3. Lisa turut mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman.

Ujar Lisa lagi, beliau turut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman. Turut mengulas lanjut, beliau tidaklah melakukan senaman yang berat.

Beliau melakukan senaman yang ringan dan mudah dilakukan seharian dengan berbasikal, ber-jongging, bersenam di gym dan sebagainya.

Untuk senaman cukuplah ia sekadar membuat anda fit dan senaman turut membantu anda menaikkan metabolisma anda.

4. Lisa turut mengamalkan intermittent fasting.

Intermittent fasting merupakan satu kaedah diet yang mudah dan tidak menyeksakan anda. Intermittent fasting juga boleh dilakukan ketika anda tidur.

Intermittent fasting turut diulas seorang doktor, penjelasan Dr. Siti adalah apa yang perlu dilakukan adalah membahagikan masa selam 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan.

Ujarnya lagi, 16 jam berpuasa termasuk waktu anda tidur di malam hari dan diet ini fleksibel bergantung kepada keselesaan setiap individu melakukannya.

Contohnya, diet dimulakan pada pukul 8 malam sehingga 12 tengahari keesokan harinya. 8 jam berikutnya anda boleh makan dengan kerap.

Tetapi, anda tidak makan dengan kuantiti yang banyak. Anda perlu bijak mengawal pengambilan makanan dengan sedikit dan terkawal.

Dalam masa anda berpuasa selama 16 jam, anda dibolehkan meminum air masak sahaja untuk mengelakkan anda terhidrasi.

Selain itu juga, bolehlah anda elakkan memakan makanan manis dan makanan ringan.

Ini Peneragan Lanjut Dari Dr Siti Aniza Mengenai Intermittent Fasting

“IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah” .

“Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat”.

“Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.”

“Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la”.

“IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast”.

Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.

Apa kebaikan IF??

Banyak!!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY

Biar betul Doktor?

“Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm”.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

“Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari”,

“Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan”:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!

Antara tatacaranya banyak :

  • As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.
  • Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes
  • Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030.
  • Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksible . Buat ikut keperluan . Cth , smlm ada kenduri makan kul 830 pm , esok tu xyah bekfes, terus lunch!

Lapar ?

In between tu , anda boleh untuk

1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea

“No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap xboleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti”.

“Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food”.

Lepas dah ok buat Daily .

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Kalau rasa badan dah naik tu, jom la kita diet dan sihat bersama. Kesihatan perlu diutamakan.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.