PM Melawat Siap Bagi Mini Love Pada Mangsa Banjir, Tapi Kelibat ‘Pengiring’ Pula Jadi Perhatian Netizen

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Tidak cukup dengan itu, rumah juga hanya kelihatan bumbung sahaja manakala haiwan liar seperi ular dan buaya mula naik ke darat dan memasuki premis.

Ekoran itu, Perdana Menteri (PM) kita, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan untuk ‘turun padang’ melawat mereka yang terjejas kerana bencana banjir.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ehsanmj_, dapat kita lihat situasi yang sangat riuh sewaktu PM ingin berangkat pulang.

Dapat juga kita lihat Dato Ismail Sabri sempat melambaikan tangan dan membuat ‘mini love’ buat semua rakyatnya.

Namun bagaimana pun, pegawai pengiring PM menjadi perhatian dimana ketika itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Nik Ezanee Bin Mohd Faisal mengiringi perjalanan PM.

Siapa sahaja tidak kenal bukan dengan Tuan Nik Ezanee? dia yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang, nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi di sebalik ketegasannya ‘menjaga’ keselamatan orang ramai nyata membuatkan orang lain’cair’ melihatnya.

Lebih-lebih lagi sosok tubuh ini sering mengungkapkan kata-kata keramatnya, “One good deed a day”.

Video yang tular di laman TikTok:

@ehsanmj_PM mai ,Mini love sekali ♥️ ##TeamRara🍑 ##fansehsanmj ##teamlextiger ##prayformalaysia ##perdanamenteri ##banjir ##hidupjanda ##foryou ##viral♬ original sound – afiffsola👀

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 293.7K tontonan, 11.6K tanda suka, 1893 komen dan 920 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘excited’ melihat kewujudan Tuan Nik Ezanee yang pada ketika itu kacak berbaju putih.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

Kredit: YOY Network