“Polis pujuk bagi betik,” Tertinggal Mak di R&R, Cerita Makcik Ini Buat Netizen Terhibur

Lepas penat memandu berterusan selama bebarapa jam mesti kita akan ambil sedikit masa untuk melepaskan rasa penat di badan. Kawasan rehat atau R&R adalah kawasan yang paling sesuai untuk kita berbuat sedemikian.

Selain menyediakan kemudahan seperti tandas dan surau, R&R juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan untuk dijamah semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi. Makanan ringan mahupun berat.

Namun, pernah tak anda tertinggal sesuatu yang berharga di kawasan rehat?

Itulah yang terjadi pada dua hari lepas kepada pemuda yang juga pemilik kepada akaun TikTok bernama @roymuhd_ berkongsi momen lucu apabila dia dan keluarganya tak sengaja meninggalkan ibunya di R&R hentian sebelah Tangkak.

Dalam video tersebut telah memaparkan dia, bapanya dan adiknya terpaksa berpatah balik untuk mengambil semula ibunya.

Ujar Roy, dia menyangka ibunya sedang tidur di bahagian belakang rupanya sudah tertinggal. Nasib baik mereka sedar dan terus bergegas mendapatkan ibunya semula.

Sebaik sahaja tiba di R&R tempat ibunya ditinggalkan, ibunya kelihatan telah duduk tersandar di sebuah gazebo yang tersedia di situ. Ibunya ketawa sejurus sahaja masuk ke dalam kereta dan akui berasa berdebar apabila ditinggalkan.

Ibunya juga sempat berkata nasib baik ada polis di situ. Katanya polis itu juga sempat memujuknya dengan membelikannya buah betik.

Video tular di laman Tiktok:

@roymuhd_ Nasib Baik Baru Gerak,Borak2 Tgok Belakang Mak Aku Takde, Tertinggal Kt RNR..Ingatkan Tido,kluar tak bagitau🤣🤣 #alkisah #maktertinggalktRNR #fypシ ♬ bunyi asal – ᏒᎧᎩ MUHD ®️

Si ibu juga sempat menepuk-nepuk bahu suaminya sambil berkata suaminya itu tidak memeriksa dahulu keberadaannya dimana sebelum meneruskan lagi perjalanan mereka.

Video yang meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan itu telah mencuit hati ramai. Rata-rata netizen terhibur dan suka melihat reaksi tenang yang diberikan oleh ibu pemuda tersebut.

“Hadir… sian mak.. aku paling perati mak la kalau g mana2 sbb aku x snggup tgk mak sensorg.. tp skrg mak sensorg dkt rumah baru dia.. al fatihah..”

“Aku pernah kena weii..kena tinggal ngan laki.tp dkt umah la.masuk letak anak dlm kereta.lps tu masuk umah balik amik beg.keluar tgk laki da gerak”

“Saya pernah kena tinggal weh. Kat Petronas tangkak..beritahu kak nk gi toilet dgn tak bawak fon&dompet. Keluar toilet, abg ipar dh drive. Aku kejar”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917