“Port Mandi Baru” Santai Berseronok Mandi Sungai, Sekali Terkejut Jumpa Papan Tanda Amaran

Bermandi manda sama ada di pantai, tasik ataupun sungai sudah tentu merupakan seuatu yang sangat menenangkan. Manakan tidak, apa sahaja yang berkait dengan alam semula jadi, pasti ia akan memberikan ketenangan yang sangat luar biasa kepada pengunjung yang datang untuk menikmati alam.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, tidaklah semua kawasan dibenarkan dan selamat untuk mandi manda atas faktor tertentu seperti struktur tanah, air yang tercemar ataupun kawasan tersebut dihuni haiwan merbahaya seperti biawak, ular ataupun buaya. Kebiasaannya, tempat sebegitu akan diletakkan papan tanda agar pengunjung lebih peka kepada keadaan sekeliling dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sepeti lemas dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan rakan ini terkedu ketika sedang bermandi manda di sebatang sungai telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aditya_dwii, kelihatan mreka sangat seronok bermandi-mandi sehinggalah salah seorang daripada mereka terlihat satu banner kecil yang terlipat pada papan tanda kayu dan bertindak membukanya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mengetahui tempat yang mereka kunjungi ketika itu merupakan kawasan larangan untuk mandi manda kerana dikhuatiri ada kehadiran buaya dan membahayakan pengunjung di situ.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen lucu namun dalam masa yang sama lega apabila tidak berlaku sebarang perkara buruk kepada mereka.

“Nampak gaya macam salah port” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga menasihatkan orang ramai agar memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat untuk mandi ataupun bertanya dengan penduduk sekitar tentang kawasan tersebut sebelum beraktiviti.

Antara komen warga maya:

“Yaa begitu lah cerita beliau sewaktu hidupnya..”

“Selamat jalan kawan..”

“Agak lain abang ini.. Pindah alam baru..”

“Bila tahlil?”

“Berenang selamanya..”

“Loncatnya seperti tak ada beban hidup”

“Tempat tenang tidak selalu menenangkan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@aditya_dwiisebelum jadi almarhum 🙏♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO