Proton X50 Sah Akan Mula Dijual Tahun Hadapan! Harga Bermula Hanya Rm75 Ribu Sahaja

Proton nampaknya tidak lagi berahsia apabila dikesan memandu uji Geely Binyue yang dikatakan bakal menjadi model baharu pengeluar nasional itu selepas X70 iaitu Proton X50.

Berita tentang model terbaru itu dikuatkan lagi dengan tersiar foto sijil trademark X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Gambar yang dikongsikan oleh Carlist.my

Bahkan, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L dengan pengecas turbo.

Kereta SUV kedua Proton yang dikenali sebagai X50 ini sebenarnya diasaskan dari model Geely Binyue.

Pihak Proton nampaknya masih lagi menguji dan membuat penyesuaian terhadap model tersebut untuk kesesuaian pengguna di Malaysia.

Dari apa yang dapat dilihat pada reka bentuk Proton X50 ini, ia akan tampil dengan rekaan yang lebih menarik dan mempunyai kelengkapan serba canggih selari dengan kemudahan yang ada pada Proton X70 sebelum ini.

Proton X50 juga akan dilengkapi dengan padanan transmisi klac berkembar automatik dengan enjin 1.5 turbo pada model tersebut, mampu menjana kuasa 174hp dan tork 255Nm dan membolehkan kenderaan itu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.9 saat.

Diharapkan model ini dapat menjadi alternatif kepada pengguna di malaysia untuk memilik SUV dengan harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.