[VIDEO] “Sembahlah aku..” Bimbang Akidah Iqram Dinzly Terpesong, PU Syed Nasihat Dapatkan Rawatan

Pelakon popular, Iqram Dinzly sebelum ini sering menjadi sebutan ramai dengan tingkah lakunya yang dianggap aneh.

Malah, baru-baru pelakon lelaki ini sekali lagi buat hal di aplikasi Bigo Live bersama seorang remaja dengan mengenakan solekan yang mengerunkan pada wajahnya.

Difahamkan, remaja berkenaan cuba untuk mengingatkan Iqram tentang Tuhan.

Pelakon lelaki itu didakwa bercakap kenyataan yang memesongkan akidah

Namun begitu, pelakon lelaki itu bercakap kenyataan yang boleh mempesongkan akidahnya.

Bagaimanapun, menerusi klip video tersebut telah mendapat respon dan teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed.

Jadi, sembahlah aku

Menerusi klip pendek video tersebut menyaksikan seorang remaja memperingatkan Iqram Dinzly mengenai kepercayaan terhadap Pencipta sebagai penganut agama Islam.

Namun, setiap peringatan tersebut hanya direspon oleh Iqram dengan ayat “Sembahlah aku. Jadi sembahlah aku…”. Malah, aksi dan mimik muka Iqram ketika itu juga kelihatan menakutkan.

“Kadang memang ada yang rasa tak percaya sebab Allah itu tak nampak. Tapi kita sebagai umat Islam kita perlu yakin Allah itu wujud.”

Pengguna media sosial supaya tidak melayan pelakon itu

Sementara itu, PU Syed menerusi posting di Instagramnya memperingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live.

Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

Pelakon ini perlukan rawatan

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, pelakon lelaki itu perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatir akan tersimpang lebih jauh.

“Saya ada tengok video antara seorang anak muda dan bekas pelakon Iqram Dinzly yang menyebut mengenai akidah iaitu aku Tuhan dan sebagainya.”

“Saya nak sarankan kepada anak-anak muda tak perlu layan video-video seumpama itu sekiranya dia buat live.”

Bila kita layan, akan menjadi perbuatan dia

“Sebab kita tahu dia tak sihat dan perlu rawatan. Dia perlu rawatan dari sudut rohaniah dan akidah.”

“Jangan layan dia, bila kita layan orang macam ni, akan menjadi-jadi perbuatan dia itu. Memang tak dapat manfaat apa-apa.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizent turut terkejut apabila melihat klip video tersebut.

Mereka turut mendoakan agar pelakon ini kembali sembuh seperti sedia kala dan kembali mewarnai industri tanah air dengan bakat lakonannya.

Terdahulu, Iqram Dinzly memberitahu dia menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan.

Menurut Iqram atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 38, dia aktif menggunakan aplikasi sembang Bigo Live sejak dua tahun lalu dan menerima bayaran ribuan ringgit sebulan.

“Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan… tapi ramai juga yang tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo.

“Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan Bigo.

“Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya fasal lakonan, sejujurnya saya masih mahu berlakon tapi rasanya sekarang ini saya lebih berminat berlakon menerusi platform media sosial seperti YouTube,” katanya.

Dalam pada itu, Iqram yang mahu dikenali sebagai IQ Dinzly turut meluahkan rasa syukur dipertemukan sahabat lama iaitu penyanyi kembar Syazara Aishah dan Hanim Fariza atau lebih dikenali sebagai AishaHanim yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah dari segi kewangan.

Gara-gara sering dilihat bersama, ada tanggapan negatif kononnya dia ditaja oleh penyanyi duo itu.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Iqram berkata dia sudah menganggap kedua-dua wanita itu sebagai sahabat tempatnya berkongsi luahan hati.

“Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya.

“Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya… mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan,” ujarnya.

Default image
admin
Articles: 818