Rakam Bayi Menangis Guna Sound Mencarut, Jururawat Ini Dikecam

Sejak daripada PKP dua tahun lalu, ramai yang menjinak-jinakkan diri dengan membuat content di TikTok termasuklah golongan dewasa yang sudah bekerja. Dua tahun lalu keluar satu kenyataan di mana penjawat awam dilarang memuat naik video di tempat kerja ke TikTok.

Terdapat penjawat awam yang memakai uniform jabatan masing-masing merakam video yang tidak senonoh serta berunsur negatif. Sebagai penjawat awam yang memakai uniform rasmi, mereka hendaklah menghormati jawatan yang disandang.

Baru-baru ini tular sebuah video TikTok yang dimuat naik semula di Twitter memaparkan seorang jururawat menggunakan sound yang kurang sedap didengar sambil merakam bayi menangis di bawah fototerapi.

Tindakan jururawat bernama @shahiraazman1996 menimbulkan geram ramai apabila sound yang dikenakan pada video menunjukkan seolah-olah dia mengeluh dan penat mendengar bayi yang menangis.

Selain melanggar etika bekerja kerana sesuka hati merakam video bayi pesakit, dia didakwa oleh netizen tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang jururawat dengan baik.

Menerusi pemerhatian di ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa rakaman tersebut dilakukan di UKM Specialist Centre (UKMSC) yang sekaligus membuatkan pihak UKMSC tampil dengan kenyataan rasmi .

Pihak UKM Specialist Centre (UKMSC) menerusi laman Instagram dengan kenyataan rasmi memaklumkan jururawat yang merakam video tersebut merupakan bekas petugas yang telah menamatkan perkhidmatan bersama UKM pada awal tahun 2022.

“Merujuk kepada komen-komen palsu pada sebuah video tular yang dikaitkan dengan UKMSC.

“Hasil daripada penelitian, pihak kami ingin memaklumkan bahawa kejadian ini tidak berlaku di hospital kami atau mana-mana premis perkhidmatan yang dimiliki dan diuruskan oleh UKM Kesihatan Sdn Bhd.

“lndividu yang terlibat dalam video pula merupakan seorang BEKAS PETUGAS yang telah menamatkan perkhidmatan bersama UKMSC pada awal tahun 2022.

“Kami berterima kasih kepada anda yang perihatin dan mengambil masa untuk melaporkan kejadian ini.

“Suka kami nasihatkan agar masyarakat semua lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat di sosial media bagi menjaga keharmonian Keluarga Malaysia.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah dan menganggap jururawat berkenaan biadap. Selain kasihan kepada bayi, mereka turut mempersoalkan motif jururawat ini merakam video bayi yang sedang menangis.

Tweet yang tular di laman Twitter