“Semua Ada Iras Jep”- Sari Yanti Kongsi Video Jep Dan Anak-Anak, Netizen Komen Muka Iras Jep

Sekali lagi keluarga bahagia, pelawak terkenal dan pelakon iaitu Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti menjadi perhatian ramai apabila Sari Yanti berkongsi momen mereka sekeluarga diruangan media sosial miliknya bersama kepada peminat.

Iospital phone repair gombakKeluarga ini sering mencuri tumpuan semenjak pelawak itu berkongsi video sedang memasak ‘welcome – welcome’ atau jemput-jemput untuk keluarganya.

Sekadar info, Jep berkahwin dengan Sari Yanti pada Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata yang diberi nama Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari mempunyai dua anak lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Selain foto-foto dikongsikan Sari Yanti bersama lima cahaya matanya, video yang tular di laman TikTok turut menarik minat orang ramai apabila wajah kesemua lima orang anak mereka dikatakan ada iras kepada Jep.

Malah, menerusi beberapa perkongsian video di laman sosial kesemua anak-anak pasangan ini akrab dan gelagat mereka memperlihatkan Jep sememangnya rapat dengan kelima-lima anak mereka.

@sariyantimn sem mama dia .. semua sem mama. #fypシ #fyp #jepsari #sari #anakanakjepsari @Jeptapan ♬ original sound – Cekodok – Cekodok | Kucing Melayu 🐈‍⬛

Menerusi video yang dikongsikan Sari Yanti, kapsyen yang membawa pelbagai makna turut menjadi tumpuan warganet.

“Semoga anak anak ku membesar menjadi anak soleh dan musleh. Sentiasalah berserta dengan Allah swt anak anakku mudah mudahan Allah swt berserta denganmu hingga akhir hayatmu sayang. Semoga kita dan anak anak kita diredhai, diberkati, berjaya dan bahagia dari dunia hingga akhirat.”

@sariyantimn semoga anak anak ku membesar menjadi anak soleh dan musleh. sentiasalah berserta degan Allah swt anak anakku mudah mudahan Allah swt berserta denganmu hingga akhir hayatmu sayang ♥️🤲💚 . semoga kita dan anak anak kita diredhai,diberkati, berjaya dan bahagia dari dunia hingga akhirat. amin Ya Mujib. 🤲 #fypシ #fyp #jepsari #anakanakjepsari #sari @Jeptapan ♬ Bagaikan Langit (Remix Version) – Putih Abu-Abu