“Rasa macam beras” Straw Coffee Bean Boleh Dimakan? Pekerja Ini Jawab Persoalan Netizen

Masa kini, orang ramai sering membeli apa sahaja yang tular di media sosial kerana masing-masing mahu mencubanya sendiri.

Ramai juga yang menggemari minuman dari kafe-kafe yang termuka seperti Starbucks dan Saints Francesco.

Sama juga dengan kafe ini iaitu The Coffee Bean & Tea Leaf Ia adalah rangkaian kedai kopi Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan ia juga merupakan anak syarikat Jollibee Foods Corporation, yang mempunyai ibu pejabat korporatnya di Pasig City, Filipina.

Baru-baru ini, muncul isu baru dari kedai ini tentang pembuatan penyedut minuman mereka yang boleh dimakan. Namun ramai juga yang tidak percaya tentang hal itu.

Terbaharu seorang pekerja daripada Coffee Beans telah tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok miliknya.

Dalam video berkenaan dia yang sedang berada di kedai memegang beberapa paket yang berisi penyedut minuman itu.

Katanya, disebabkan penyedut minuman itu telah viral dia telah membuat keputusan untuk mencubanya sendiri dan menujukkan kepada semua orang tentang kesahihan itu.

Straw Boleh Makan?

Menurutnya penyedut minuman berkenaan sememangnya boleh dimakan namun tidak digalakkan orang ramai untuk memakannya.

Tambah pemuda itu, pembuatan penyedut minuman itu adalah seratus peratus daripada beras. Teksturnya mungkin sedikit keras namun jika direndamkan lama dalam air ia akan menjadi lembut.

Pemuda itu turut berkata, pelanggan akan mendapat satu penyedut minuman itu dalam setiap pembelian air di Coffee Beans.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka tentang straw yang boleh dimakan itu malah yang pernah mencuba makan penyedut minuman itu bersetuju dengan pemuda itu oleh kerana rasanya sama seperti beras.

“Pernah try makan, betullah straw tu rasa macam beras” kata netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 119.4K likes dan 1,644 comments di TikTok.

Video tular di Tiktok

@whynotjemah_ INI KAN STRAW YG TENGAH VIRAL SEKRANG SINI ?! HAAAAAAA MANA YG TAK PERNAH RASA LAGI ! DIPERSILAKAN 🤪 #fypop #fypp #fyppoppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Azmey Zainal

 

Kredit: YOY Network