“Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga,” Anak Nazrief Nazri Disahkan Positif C-19, Isteri Luah Rasa Kesal

Siapa tidak kenal dengan bekas finalis Hero Remaja Nazrief Nazri yang merupakan seorang model dan juga pelakon, kini merupakan seorang usahawan.

Semenjak berada dalam industri Nazrief Nazri menjaga namanya dengan baik sekali sehinggalah dia bergelar seorang suami kepada Aziatul Aqma Hamdan iaitu model dan usahawan kosmetik.

Baru-baru ini, mereka telah dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah dan masih belum menunjukkan muka anak mereka kepada orang ramai walaupun sudah tamat tempoh berpantang untuk menjaga keselamatan anak mereka dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun apa yang mengejutkan, pasangan ini telah memuat naik Ig story tentang anaknya yang kini disahkan positif C-19.

Menurut isterinya, anak mereka sepatutnya berkhatan pada hari ini kerana sudah cukup hari namun di mendapat berita yang menduka cita tentang anaknya itu sementara dia dan suami negatif C-19.

“Sepatutnya hari ini berkhatan Noah, tapi sedihnya anak saya disahkan positif C-19. Saya dan suami negatif.”

Katanya, bayi mereka itu tidak mempunyai simptom C-19 dan hanya mempunyai kahak yang sedikit namun entah bagaimana keputusannya positif.

“Noah kuat sangat, buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik dan Noah tak ada simptom, cuma berkahak sikit je.”

“Dan Noah sampai sekarang tak meragam atau menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu,”

Akma turut memberi pesanan kepada jururawat di luar sana untuk mengikuti SOP walaupun berasa geram dengan bayi yang masih kecil kerana situasi negara kini berbeza dengan sebelum ini, mereka tidak boleh memeluk cium anak orang lain sewenang-wenangnya.

“Doakan Noah cepat sihat ya. Lepas tu nak pesan, nurse kalau nak jalankan tugasan please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah, tapi situasi sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.”

Tambah isteri pelakon itu, dia melihat sendiri anaknya di pegang dan dicium oleh jururawat bukan sahaja di bilik malah sehingga saat dia ingin membayar bil.

“Tak cukup dalam bilik, dekat kaunter nak bayar bil pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib Mommy cepat-cepat buat muka bitchy time tu.

“Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerangga je sekarang ni.”

Nazrief Nazri, 29, dan Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Kredit: YOY Network