Rebut Anak Sehingga Ditarik Ibu Mertua, Wanita Lega Kini Zuriat Di Pelukannya

Seringkali kita dengar tentang ibu mertua dan menantu yang ‘tidak sebulu’, ada sahaja yang tidak kena dan hendak ‘bertegang urat’. Benar, dalam dunia realiti memang ada mertua yang seakan seperti watak Sabariah dalam cerita ‘Ibu mertua-ku’.

Apabila berlaku penceraian, anak-anak yang menjadi mangsa, berlakunya perebutan hak anak. Bukan itu sahaja, malah ada juga campur tangan daripada ahli keluarga yang mahu memisahkan ibu dan anaknya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita cekal yang lebih mesra dikenali sebagai Aedinna Izzatie bagaimana pun bersyukur akhirnya menjalani kehidupan bersama anak perempuannya Aleesa Izzatiey dipercayai selepas melalui pelbagai konflik dengan bekas suaminya.

Menerusi  laporan YOY Network, sebuah video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @, memaparkan dirinya dikasari seorang wanita didakwa ibu mentuanya suatu ketika dahulu.

Bercerita lanjut, kelihatan juga adik perempuannya cuba melindunginya yang ketika itu sedang mendukung anaknya yang berusia 2 tahun itu.

Kini, kehidupan mereka lebih bahagia tanpa seorang sumi dan ayah malah dia juga meletakkan beberapa gambar wanita terbabit bersama anaknya kini.

Video yang tular di laman TikTok:

@izzatieeyyyyyyy_ dan akhirnya ku memiliki seutuhnya ❤️‍ ##fyp #xyzbca #foryou ♬ suara asli – Zilfawila7

@izzatieeyyyyyyy_ Reply to @shakiramanesh #fyp #xyzbca #foryou ♬ suara asli – Ayhong – aloneツ

@izzatieeyyyyyyy_ Reply to @shesnameedith_21 #fyp #xyzbca #foryou ♬ original sound – RAFF –

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 164.7K tanda suka, 4172 komen dan 1673 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat wanita itu diperlakukan kasar dengan bekas ibu mertuanya.

“jatuh di tangan yang betul.. takleh bayangkan kalau anak tu duduk dengan mak mertua..”- Netizen

Bagaimana pun dalam masa yang sama, netizen bersyukur akhirnya anak perempuannya itu kini berada disisinya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“aku tak faham betul lah dengan mansuia yang suka pisahkan mak dengan anak!”

“garangnya tak memadan”

“semoga awak kuat jaga harta dunia akhirat”

“Aku ingat drama TV3 tadi..”

“geram pula aku tengok makcik tu”