Rezeki Mengalir Melalui Bunyi Seruling, Cara Pakcik Jual Dadih BerniagaBuat Ramai Kagum!

Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri bagi mempromosikan jualannya bahkan di zaman serba canggih ini, ada juga yang gemar membuat ‘konten’ negatif bagi tujuan marketing.
Iospital phone repair gombak
Mudah kata, memang jarang sangat kita temui peniaga yang mencari rezeki sambil mencurahkan karya mereka bahkan kebiasannya orang-orang seperti ini punya jiwa yang spesial dan unik serta kreatif.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga yang lebih dikenali sebagai Pakcik Dadih mempunyai cara tersendiri yang agak unik untuk mempromosikan jualannya kepada orang ramai.


Dapat kita lihat, pakcik tersebut berniaga sambil bertemankan alunan merdu seruling yang ditiupnya sendiri dan dikatakan dia menjual dadih di hadapan sekolah di Taiping, Perak.

Dapat juga kita lihat, dia bukan sekadar berniaga barangannya malah orang ramai juga memberi tips sebagai penghargaan kepada Pak Cik berkenaan kerana telah menghiburkan orang ramai secara percuma dengan tiupan seruling yang merdu dan lagu lawas yang sedap.


“Anak-anak cuku kenal Pak Cik ini. Setiap hari menjaja dadih depan sekolah-sekolah. Sejuk je hati bila dengar dia mula tiup seruling,” tulisnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu dengan kegigihan pakcik dadih berniaga malah ada yang berterima kasih kerana sentiasa menghiburkan pelanggan yang datang.

Antara komen warga maya menerusi video yang tular:

“Aku je ke rasa orang yang pandai main seruling ni jiwa dorang lembut, penyayang orang nya.. satu lagi kalau dengar bunyi seruling, mesti sayu je..”

“Sedapnya tiupam seruling dengan suara abah ni.. semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu abah..”

“Sambil menjual sambil menghiburkan hati orang sekeliling..”

“Terbaik pakcik.. tenang je dengar.. semoga sentiasa di kurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik berpanjangan..”

“Kreatif abang ni.. gunakan anugerah yang diberi oleh Allah untuk mencari rezeki yang halal..”

“Sedap alunan seruling pakcik ni..”


Video yang tular di laman Facebook: