[VIDEO] “Kepala terhantuk pagar” Dikejar Anjing Liar, Rider Cedera Motorsikal Rempuh Pagar

Menjadi seorang penghantar makanan bukan lah semudah yang di sangka. Mereka yang menjadi rider pastinya faham dengan situasi yang harus sentiasa bersedia dikala hujan panas dan pelbagai lagi kemungkinan kerana risiko bekerja di atas kenderaan sememangnya merbahaya.

Itulh yang berlaku kepada seorang ‘rider’ foodpanda telah mengalami kecederaan oleh kerana melanggar pagar sebuah rumah gara-gara dikejar anjing liar sewatu menghantar makanan di rumah pelanggan.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup di kediaman terbabit dan rakaman tersebut telah tular di laman Facebook.

Berdasarkan klip video berdurasi kurang daripada 20 saat itu, kelihatan dua individu perempuan berada di dalam kawasan rumah tersebut sambil berborak di tepi pagar, dan secara tiba tiba penunggang motorsikal berkenaan merempuh pagar rumah mereka, namun kedua-duanya sempat melarikan diri.

Motosikal penghantar makanan yang ditunggang secara laju telah melanggar pagar sebuah rumah menyebabkan bahagian hadapan motosikal itu rosak teruk dan penunggang motor terbabit mengalami hentakan di kepala mujur sahaja helmetnya ada, namun tidak dapat dipastikan bagaimana kecederaan yang dialami penunggang motorsikal itu.

Menerusi laporan Yoy.My, difahamkan, kejadian itu berlaku apabila penghantar makanan terbabit panik selepas dia di kejar anjing ketika sedang menghantar pesanan di kawasan perumahan tersebut. Bagaimanapun, lokasi tepat kejadian tidak dinyatakan.

Susulan tular video klip itu, rata-rata pengguna laman Facebook bersimpati dengan kejadian malang itu dan mendoakan agar penghantar makanan itu tidak mengalami kecederaan parah.

“Allahuakbar kesiannye dia, badan sakit, motor rosak, semoga Allah perluaskan rezeki dan permudahkan urusan awak di muka bumi ini dik,” tulis Kartika Katie SB.

“Adoii sakit tu, nak pelihara apa sekali pun jaga elok-elok jangan menyusahkan orang lain, kesian member cari rezeki halal,” ujar seorang netizen di Facebook.

Meskipun begitu, sehingga kini tiada lagi info berkenaan penunggang motorsikal itu yang juga dipercayai seorang wanita dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Video tular di laman Twitter