“Rugi anugerah Allah beri suara merdu saya tak gunakan” Aliff Syukri Mahu Rakam Lagu Baru

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan terkenal iaitu Dato Seri Aliff Syukri yang sering berkongsi rutin hariannya di media sosial bersama pengikutnya.

Malah seringkali dapat kita lihat beliau sentiasa menceriakan hati pengikutnya dengan gelagatnya yang mencuit hati.

Datuk Seri Aliff Syukri bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, malah beliau juga pernah menceburi bidang nyanyian dan lakonan.

Aliff Syukri mahu rakam single terbaru bertajuk Sunyi

Selain itu, beliau turut memasang impian dan cita-cita untuk menjadi pemimpin negara.

Menerusi perkongsiannya yang terbaharu, dia telah memuat naik satu posting dengan kapsyennya yang ingin merakam single terbaharu yang bertajuk ‘Sunyi’ .

Usahawan ini berpendapat single tersebut tepat dengan situasi yang mendakwa dirinya kini berasa sunyi.

Kalau saya keluarkan lagu baru boleh tak

Menurutnya, dia berasa rugi jika anugerah yang diberikan oleh Allah SWT untuknya tidak digunakan sebaik mungkin.

“Awak saya sunyi apa patut saya buat? Okey tak kalau saya nak keluarkan lagu baru bertajuk “sunyi” awakkk boleh tak?”

Rugi anugerah Allah berikan suara yang merdu kalau saya tak gunakan

“Rugi anugerah allah berikan suara yang merdu saya tak gunakan,” katanya di laman Instagram.

Sehubungan itu, Aliff telah menyuarakan hasratnya untuk merakamkan lagi lagu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Beliau yang merupana usahawan kosmetik sebelum ini pernah mengeluarkan single Abang Nak Tegur, Lala Raya dan juga Cuba Bahagia.

Tak sabar menanti vokal terbaik dari Datuk”

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan sokongan dengan hasrat usahawan justeru tidak sabar menunggu keluaran lagu tersebut.

“Tak sabar menanti vokal terbaik dari Dato” ujar seorang penyanyi terkenal.

“Okay dato ! nak buat ringtone phone saya!”

Keluarkanlah lagu-lagu berunsur dakwah

Namun, ada juga segelintir daripada netizen yang tidak bersetuju dan meminta agar usahawan itu membuat lagu-lagu yang bermanfaat kepada semua.

“Seeloknya keluarkanlah lagu- lagu yang berunsurkan dakwah. Suara sedap ke tak sedap ke, tu belakang kira yang penting sekarang ni apa yang Kita buat untuk menolong Agama Allah.”

Aliff Syukri mahu matang dan jadi insan lebih baik

Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya kini mahu menjadi lebih matang seiring dengan usianya yang sudah meningkat.

Menurut Aliff Syukri, 34, dia kini mahu fokus untuk membahagiakan keluarganya dan menjadi insan yang lebih baik.

Umur saya semakin tua dan saya rimas dengan dunia glamer

“Umur saya semakin tua dan saya rimas dengan dunia yang over glamer macam dulu. Saya pilih untuk lebih senyap dari dulu dan menjadi lebih matang.”

“Saya melihat benda yang paling berharga adalah bersama mak dan abah dan family yang sentiasa bersama kita menyokong dan mengembirakan.”

Ubahlah diri jadi lebih matang dan baik 

“Jalani moment dengan gembira sebab kita tidak tahu esok atau lusa mungkin ajal akan tiba.

“Jadi ubahlah diri untuk menjadi lebih matang dan baik dari sebelum ini, bukan menjadi malaikat yang sentiasa merasakan diri kita sahaja betul.”

Baiki diri dan ingatlah tanggungjawab kita sebelum disoal kelak

“Baiki diri ingat lah siapa kita dan tanggungjawab kita sebelum kita di persoalkan kelak. Sebab, setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.

“Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita lebih matang dan masa sungguh bermakna.”

Sekadar info, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Sebelum ini pernah mempunyai isu dengan seorang rakan artis yang mendakwa dirinya dipermainkan oleh kerana niatnya ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Kredit: YOY.MY