“Saat masuk liang lahad dosa masih berjalan” Ustazah Asma Rasa Bimbang Marketing Keterlaluan Usahawan Kosmetik

Kebelakangan ini nama seorang usahawan kosmetik wanita dilanda kontorversi dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Malah, kontroversi yang membabitkan usahawan kosmetik itu masih hangat diperkatakan selepas bertikam lidah dengan pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed.

Seolah-olah melakukan kerja Tuhan.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan usahawan kosmetik tersebut yang mendakwa PU Syed cuba menumpang popularitinya.

Pada masa yang sama, usahawan itu mendakwa PU Syed bertindak seolah-olah melakukan ‘kerja Tuhan’ apabila menegur teknik pengiklanan keterlaluan yang digunakannya.

PU Syed ajak orang ramai lakukan kebaikan 

Walaubagaimanapun, pendakwah tersebut turut mengeluarkan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.

PU Syed yang menjelaskan tentang tanggungjawabnya sebagai manusia dalam mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Peniaga penting keuntungan berbanding redha Allah

Sementara itu, Ustazah Asma menerusi posting di laman Facebook beliau turut menegur secara umum tentang sikap peniaga.

Menurut Ustazah Asma, ada segelintir sikap peniaga yang lebih mementingkan keuntungan berbanding keredaan Allah.

Tiada siapa boleh buat kerja tuhan, tapi yang ramainya berani lawan tuhan

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.”

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.”

Saya tegur bukan nak tumpang populariti atau kejar rating

“P.U Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating.”

“Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, ia hanyalah alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran.”

Aduan dah lama dan banyak

“Sebenarnya dah lama dan kerap kali saya menerima aduan khusus tentang beliau.”

“Kebimbangan ramai pihak terhadap normalisasi aksi dan percakapan luc** serta mengghairahkan secara terbuka.”

“Begitu juga ramai lagi founder bahkan di kalangan netizen melakukan perkara yang sama.”

Saya terkilan bila turut melibatkan si anak

“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.”

“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.”

“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya.”

Harga dan maruah diri wanita muslim digadaikan begitu saja

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan marketing.”

“Ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja.”

 Jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri.

“Saya merasakan dalam budaya masyarakat kamu juga tidak menerima aksi keterlaluan yang mengundang aktiviti yang tidak bermoral di media sosial kamu.”

“Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.”

Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris

“Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu-Nya, dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad.”

“Namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.”

“Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati.”

Syurga itu perlu diperjuangkan untuk semua

“Tuan Puan, jika dihitung dosa dan aib sendiri yang begitu banyak, memang tak mampu dan tak sanggup nak menegur dosa orang lain.”

“Namun kerana syurga itu perlu diperjuangkan untuk semua, yang benar-benar mahu atau hanya di mulut.”

Terima kasih dan mohon maaf kepada semua-Ustazah Asma’ Harun

“Semoga dengan kita menjaga aurat dan maruah diri, Allah SWT akan berikan ketenangan dan memelihara aib yang ada pada diri kita.”

“Semoga Allah redha dengan usaha kecil ini dan kita dan zuriat keturunan sentiasa dalam hidayah Allah SWT. Terima kasih dan mohon maaf kepada semua.”

Kredit: YOY Network