Sah! Semua Saman AES Sejak 2012 Dibatalkan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ.

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Semua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012, dibatalkan.

AES mula diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai inisiatif kerajaan untuk mengelakkan daripada pemandu memandu dengan laju di atas lebuhraya, AES seringkali menghantui pengguna jalanraya baik dari segi had kelajuan yang ditetapkan mahupun cas yang dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.