“Sakit tak berdarahh,” Isteri Beria Buat Surprise Kek Hari Jadi, Sekali Reaksi Suami ‘Buat Muka’ Undang Amarah Netizen

Hari ulang tahun kelahiran sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa buat setiap orang.

Bagi yang sudah mempunyai pasangan, sudah pasti mereka telah memikirkan berbagai idea untuk menyambut ulang tahun kelahiran pasangan tercinta supaya terasa lebih dicintai dan dihargai.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi suami sewaktu isteri membuat kejutan hari jadi mengundang geram ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @c_ehem, kelihatan wanita itu sedang memegang kek hari jadi sambil menunggu kepulangan suaminya di depan pintu rumah mereka.

Bagaimana pun, perasaan gembira bertukar dengan raut wajah yang sedih dan hampa apabila si suami tidak seperti apa yang dijangka.

Sebaik saja suaminya membuka pintu rumah, wanita itu pantas menyanyikan lagu hari jadi buatnya. Namun, dia dengan selamba tidak menghiraukan isterinya langsung dan terus menuju ke tempat lain sambil membuat muka ketat.

Bukan sahaja tidak menghiraukan usaha sang isteri malah sedikit sneyuman pun tidak diberikan. Hal itu nyata membuatkan wanita tersebut kecewa namun masih tersenyum untuk menyembunyikan perasaannya ketika itu.

Berikut merupakan video yang tular:

@c_ehemsakit tak berdarah♬ suara asli – Bayu Barera

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 16.1M tontonan, 1.1M tanda suka, 69.4K komen dan 37.7K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib wanita ini yang diperlakukan sebegitu oleh suami yang seperti tidak melihat kewujudan wanita tersebut.

“jauhkan lah daripada dapat suami yang macam ni” -Netizen

Bahkan dalam masa yang sama, para netizen juga berharap agar tidak dipertemukan jodoh dengan orang seperti itu. Bukan itu sahaja, mereka juga ‘salute’ dengan wanita ini yang masih lagi mampu mengukir senyuman walaupun hati bagai di siat-siat.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kenapa aku sedih tengok video ni”

“punya lah excited tunggu dpn pintu.. tetap sneyum walaupun macam tak wujud..”

“aku pun kerja.. balik penat kerja macam mana sekali pun tak pernah sekali tunjuk letih tu pada isteri..”

“nak murah rezeki, nak hidup senang bahagiakan isteri..”

“dalam kecewanya dia masih mampu ukirkan senyuman..”

“nangis aku tengok..”

“hargailah effort isteri awak..”

“sesuatu yang diimpikan oleh seorang perempuan bukan berlian tapi di hargai..”

“a least a smile..”

“masalah kerja tak payah bawa masuk rumah”

Kredit: YOY Network