“Salute!” Rancak Menari Tarian Singa, Aksi Gadis Tampil Dengan Imej Berhijab Buat Ramai Kagum!

Setiap kali tibanya perayaan cina, pasti kita akan melihat tarian singa yang dilakukan oleh individu profesional sambil diiringi dengan pukulan gendang. Tarian singa juga merupakan tarian tradisional adat warisan masyarakat cina.
Iospital phone repair gombak
Walaupun ianya kelihatan sangat mudah, namun tarian ini memerlukan latihan yang cukup agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini sewaktu kumpulan tersebut membuat persembahan di hadapan khalayak ramai.

Seringkali kita lihat penari tarian ini kebanyakkannya terdiri dari mereka yang berbangsa cina sendiri, namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini yang telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahpeng2830, dapat kita lihat aksi tarian singa dipercayai dianjurkan di sebuah acara.

Namun apa yang membuatkan ramai kagum apabila setelah selesai membuat persembahan ia dilakukan oleh seorang gadis bertudung yang bertindak ‘mengawal’ kepala singa ketika tarian tersebut berlangsung.


Kelihatan gadis itu berjaya mengawal langkah tarian dengan baik walaupun bukan berbangsa Cina yang jelas menunjukkan dirinya telah berlatih bersungguh-sungguh.

Usai sahaja dia melepaskan kostum, orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh sekaligus terkedu melihat gadis bertudung tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dan memberikan pujian atas persembahan yang dilakukan oleh gadis itu serta menyifatkan dia telah berjaya melakukan persembahan dengan sehabis baik.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mengakui bahawa tindakan gadis itu menonjolkan lagi keharmonian dan boleh memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap individu yang berlainan kaum di Malaysia.

Antara komen warga maya:

“OMG.. terharu pula tengok gadis bertudung lioness dance”

“Tak sia2 tengok sampai habis… good job girls.. awesome..”

“Memang power.. timing tak lari langsung..tabik springgg”

“Bukan senang nak buat persembahan tarian singa..”

“Comelnyaa!! macam tengok anak singa betul2.. mesti sakit pinggang..”

“Hasil didikan orang tua, tak mengira bangsa, agama.. 1 Malaysia..”

“Bangga jadi orang Malaysia”

“Sebak dengar orang bagi sorakan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ahpeng2830this 1 malaysia♬ original sound – Ah Peng