“Sampai terkangkang-kangkang,” Aksi Kucing Bawa Lari Makanan Buat Ramai Terhibur

Kucing dan perangai comelnya berpisah tiada. Dalam sehari-hari ada saja yang mahu dibuatnya. Bukan sahaja terkenal dengan sifat manja, ia juga mampu menceriakan hari yang suram.

Kebelakangan ini ada sahaja video-video lucu kucing yang dimuat naik ke sosial media dan ramai juga yang terhibur dengan keletah kucing-kucing tersebut.

Baru-baru ini tular apabila seekor kucing membawa lari sebungkus makanan dengan menggongongnya di mulut.

Pada mulanya kucing itu kelihatan sangat tenang membawa makanan yang diisi di dalam polistren dan dibungkus di dalam plastik. Namun setelah ditegur oleh seorang gadis, dia menoleh lalu terperanjat dan terus berlari!

Apa yang menarik perhatian ramai ialah caranya berlari. Oleh kerana saiz bungkusan makanan itu hampir sama besar dengannya, membuatkan dia sukar untuk berlari dengan normal.

Kucing tersebut juga kelihatan seolah-olah baru selesai membeli makanan di sebuah restoran kerana reaksi lucu yang terpampang di wajahnya.

Wanita tersebut sempat menghulurkan bantuan ingin membantu kucing tersebut namun kucing itu terus berlari lintang pukang dengan bungkusan makanan di mulutnya meninggalkan wanita tersebut berdekah seorang diri.

Setakat artikel ini ditulis, video TikTok tular berdurasi 14 saat yang dikongsi oleh @billacarmell itu sudah mencecah 4.7 juta tontonan! Berserta 624.1 tanda suka, 8659 komen dan 10.5 perkongsian!

Video yang tular di TikTok

@billacarmellBalas @liyacn__ ini mentahannya + sound asli. ini kucing emg anak komplek sini😂 btw namanya DODI ❤🐱 ##fuji ##doddy ##mayang♬ suara asli – billacarmell

Rata-rata netizen terhibur dan berdekah melihat gelagat nakal kucing tersebut. Mood yang sedih juga berubah menjadi ceria setelah melihat aksi kucing itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ketawa dengan perangai dan kegigihan kucing itu membawa lari makanan tersebut. Ada juga yang sempat menegur bulu kucing tersebut seperti kucing mahal.

Berikut adalah komen-komen menarik di TikTok

“Kucing mahal macam tu berkeliaran. dasyat. Kalau kat malaysia dah kena rembat kucing tu duk rumah je”

“dia punya cara berjalan macam orang baru lepas berak”

“Aku tengah sedih sekarang tapi bila jumpa video nih terus berubah”

Kredit: YOY Network