“Sangat Rare” Kongsi Resipi Masak, Gelagat Auntie India Fasih ‘Kecek’ Kelantan Pula Buat Ramai Teruja

Untuk menguasai pelbagai bahasa bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ianya memerlukan masa yang sangat lama untuk mempelajari bahasa yang kita inginkan.
Iospital phone repair gombak
Selalu kita lihat di media sosial dimana ramai yang kagum melihat cina kelantan yang fasih bercakap dalam bahasa Kelantan. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan kaum India yang menetap di kelantan bukan? Manakan tidak, ianya sangat rare dan sukar untuk didengari.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang auntie India yang fasih bercakap dalam loghat Kelantan ini mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @haree_kelate, perakam yang dipercayai anak kepada aunty tersebut sempat merakam gelagatnya di dapur.

Dia kemudian bertanya pokok apakah yang dipegang ibunya itu. Apa yang lebih mengujakan ramai adalah auntie itu dilihat bercakap dalam loghat Kelantan dengan fasih sekali.


Difahamkan keluarga tersebut menetap di negeri Kelantan membuatkan mereka sangat fasih bercakap dalam bahasa Kelantan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum mendengar aunty tersebut berbual dalam dialek kelantan malah ada juga yang akui ianya sangat comel.

“Auntie, molek sungguh kecek kelate” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui itu kali pertama mereka mendengar bangsa india berbual dalam loghat Kelantan.

Antara komen warga maya:

“Aku gi kelantan terkejut dengar cina kecek klate.. macam comel je hehehe.. tapi ni india lagi comel..”

“1st time jumpa & dengar orang India kecek kelate.. woww”

“Perghh slang kelate.. terbaik auntie dengan anak..”

“1 familu cakap Kelantan.. suka lah dengar..”

“Suka dengar borak anak beranak ni..”

“Jarang jumpa india kecek klate sebab kat klate susah nak jumpa org india… ni kecek klate pekat molek.. terbaik amma”

“Syok dengar auntie cakap.. lembut ja..”

“Selalu dengar chinese je kecek klate.. 1st time dengar indian pandai kecek..”


Video yang tular di laman TikTok:

@haree_kelate Amma ambo masok Daun Cekur Manis #kelate #kecekkelate #indiakelate #kotabharu #perpaduan #cinakelate #kelateniboss ##budu ♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf