“Saya beratur dah lama..” Tak Puas Hati Dengan RELA, Pengunjung Ini Berang Siap Ajak Bergaduh

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Tugas dan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) penting walaupun terdapat segelintir masyarakat  memandang remeh dan mempertikai kelibat anggota Rela ketika  melakukan tugasan.

Tugas anggota rela amat sinonim dengan mengawal lalu lintas di majlis kenduri kahwin, pasar malam mahupun majlis keramaian lain, namun, ramai masih tidak tahu pasukan sukarelawan itu turut menggalas peranan penting dalam menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Seperti yang kita tahu, bekerja yang melibatkan pengawalan manusia, sebagai seorang yang perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia bukanlah sesuatu yang mudah.

Lebih-lebih lagi jika anda dipertanggungjawabkan untuk menjaga ketenteraman awam dan melancarkan sesebuah majlis.

Kisah ini boleh dikaitkan dengan seorang lelaki bertindak menengking sekumpulan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di sebuah premis.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yop, kelihatan pemilik video memaklumkan lelaki tersebut telah mengajak salah seorang anggota RELA yang bertugas untuk bergaduh akibat terlalu marah dengan insiden itu.

Pastinya, semua orang mempunyai had kesabarannya dan itulah yang berlaku dalam sebuah situasi ini.

Difahamkan individu tersebut tidak puas hati apabila terdapat pengunjung yang datang lebih lewat dibenarkan masuk terlebih dahulu ke dalam premis berkenaan.

“Saya beratur dah lama daripada sini” – ujar lelaki tersebut.

Bagaimanapun, lelaki yang sebelum itu mengajak untuk bergaduh itu hanya tercegat apabila anggota RELA itu setuju untuk ‘keluar’.

“Jomm” – sahut anggota RELA tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@yopnorha Tak leh sabar. yang g marah ke abg rela tu buat ape. #fyp #respect #beraturLah ♬ original sound – yopnorha

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2J tontonan, 101.2K tanda suka, 4121 komen 966 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji akan sikap anggota RELA tersebut yang tidak mudah melenting dan mengawal situasi tersebut dengan baik.

Bukan itu sahaja ada juga sempat bergurau dengan mengatakan lelaki yang berbaju biru itu hanyalah sekadar berani mengajak di mulut dan bukanlah perbuatannya.

Antara komen para netizen:

“Bro baju biru ni kalau ajak gaduh no1..kalau dah nak bergaduh dialah org duduk barisan paling blkg”

“Rela tu on dah nak gaduh. Tapi baju biru recall plak.”

“Rela ni pun manusia..ikut arahan atasan..korg klau nk melawan jgn melawan rela”

 

Sumber:TikTok @yopnorha