“Saya bersedia untuk Ramadhan pertama” Gadis Ini Peluk Islam Semasa Pandemik Buat Netizen Terharu

Pandemik yang melanda dunia bagaimana pun sedikit sebanyak melahirkan keinsafan dalam diri kita.

Manakan tidak, setiap hari ada sahaja insan yang ‘tewas’ pergi selama-lamanya menuju ke negara abadi.

Tiada siapa yang dapat menemani melainkan amalan kita sendiri. Dapat juga kita lihat, artis yang dulunya bagai ‘tidak cukup kain’ kini tampil dengan penampilan yang baharu dimana ramai yang mula berhijab.

Tidak cukup dengan itu, yang dulunya dirinya yang penuh dengan kontroversi kini sudah secara perlahan-lahan bersama-sama join aktiviti dakwah.

Begitulah kehidupan, tidak semua yang pada awalnya dilihat teruk akan selamanya begitu. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita ini tampil mendedahkan perbezaannya sebelum dan selepas adanya wabak C-19.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ayline_20, pada awalnya dia mengakui dia merupakan wanita yang menganut agama Kristian Katolik.

Namun siapa sangka wanita ini tergerak hati untuk mendalami ilmu agama islam secara perlahan-lahan sehingga dia diberikan hidayah untuk terus memeluk islam dan mengucapkan dua kalimah syahada pada 29 Julai 2021.

BACA: “Menjatuhkan maruah umat Islam” Youtuber Muda Buat Content Tak Berfaedah, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran

Apa yang lebih menarik adalah dia kelihatan sangat cantk dan manis mengenakan hijab malah wanita ini juga sempat memberitahu bahawa dia sudah bersiap sedia untuk menghadapi bulan Ramadhan pertamanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@ayline_20 Alhamdulillah ☪️#greenscreen #greenscreenvideo #islam #revert #muslim #ramadan ♬ night changes – ♪

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 6.4M tontonan, 1.1M tanda suka, 47.5K komen dan 8434 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dimana dulu mereka menganut agama kristian namun kini telah diberi hidayah untuk memeluk agama islam.

“im a christian. i dont see any reason to hate her. she looked happy being a christian but she is happier now. its a her personal choice. let her live!” – Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mengakui dirinya masih lagi menganut agama kristian namun tidak memandang perkara ini sebagai satu kesalahan kerana baginya ini adalah pilihan masing-masing.

Dia juga menyifatkan wanita ini bahagia menganut agama kristian namun dia terlihat lebih bahagia dengan agama islam.

Antara komen warga maya: