“Saya Bukan Pencuri!” – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegaskan bahawa beliau bukan pencuri selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dari 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi, lapor Astro Awani.

“Sepertimana kita semua sedia maklum, isu RM2,6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk, mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan hari ini, akan memberi peluang kepada saya, bahawa saya bukan seorang pencuri.”

Najib berkata demikian sewaktu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau melangkah keluar dari mahkamah. Prosiding perbicaraan beliau telah berjalan selama lebih 90 minit.

Prosiding mahkamah melibatkan tiga peringkat iaitu: ‘dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang dipulangkan balik pun didakwa.

“Ada pihak yang keliru, seolah-olah 21 pertuduhan ini menggemparkan, kalau kita pandang sekali imbas menggemparkan, tetapi kalau kita memahami fakta yang sebenarnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa saya sudah memulangkan satu jumlah yang besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Jadi kalau kita ambil kira, kita boleh buat kesimpulan yang memihak kepada kebenaran akan timbul dalam perbicaraan yang saya sedang hadapi,”

Walaubagaimanapun Najib tetap menzahirkan penghargaan beliau atas layanan baik yang diterima dari pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang perbicaraan berlangsung.

Najib telah mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan dua penjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.