“Saya Dan Baby Dalam Keadaan Sihat.” Tahniah! Faye Kusairi Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Pelakon Faye Kusairi telah selamat melahirkan bayi keduanya, Ahad lalu.

Faye yang baru mengalami Bell’s Palsy itu merakamkan rasa syukur kerana dia dan bayi perempuan yang baru lahir berada dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.

“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah,” tulisnya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.

Merakamkan ucapan terima kasih atas doa semua, bintang ini memaklumkan sedang berehat selain turut berjanji akan berkongsi wajah permata hati keduanya tidak lama lagi.

“Terima kasih buat semua yg tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni.

“Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.

“I will share gambar baby soon bila sudah betul2 bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.

“Thank you all for your support, love, respect and kindness,” tulisnya lagi.

Lumpuh otot muka

Terdahulu Faye Kusairi berdepan saat cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka, Jumaat lalu.

Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi itu bagaimanapun bersyukur setelah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad.

Menurut Faye, semasa kejadian, dia sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka sebelah kanannya kejang.

“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.

“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, namun masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka di bahagian kanan saya lumpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi.”

Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.