“Saya Tak Anggap Itu Sebagai Beban” Tak Pernah Missed, Sharnaaz Ahmad Jumpa Jebat 3 Kali Sehari

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad merupakan seorang pelakon dan beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009.

Tak pernah missed walaupun sehari

Berdepan dengan kemelut rumahtangga sebelum ini, kini Sharnaaz dilihat lebih menumpukan perhatian kepada anak lelakinya.

 

View this post on Instagram

 

Nothing much here, just a father and his son..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

“Tak pernah missed lagi walaupun sehari.” ujar Sharnaaz apabila ditanya kekerapan bertemu anaknya. Jebat Jayden Ahmad yang kini tinggal bersama isterinya, Noor Nabila.

Saya jumpanya tiga kali sehari

Menurut Sharnaaz, lazimnya dia akan meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu tiga kali dalam sehari.

“Saya jumpanya tiga kali sehari iaitu setiap pagi, tengahari dan malam. Setiap kali bertemu Jebat lazimnya saya akan isi masa antara 1 hingga 2 jam” katanya.

“Rumah kami boleh dikatakan dekat, jadi ia memudahkan. Kalau tidak ada penggambaran, sebelah pagi saya akan ke gim”.

Sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat

“Kemudian sebelum balik rumah saya akan singgah jenguk Jebat. Lepas tu saya akan bawanya jalan-jalan”.

“Sebelah malam pula saya akan bawa dia pusing KL,” ujar pelakon Sharnaaz kepada Media Hiburan.

Saya tidak anggap rutin itu sebagai beban

Beliau turut ditanya samada pernah mengeluh kerana perlu berbuat demikian dan beliau menyifatkan ia bukanlah satu beban.

“Saya sudah biasa dengan rutin sedemikian, meski pada peringkat awal rasa pelik juga kenapa aku kena berpisah dengan anak macam ni”.

“Akan tetapi apabila diberikan sedemikian, saya kena terimalah. Saya tidak anggap itu sebagai beban”.

Kalau saya tak jumpa Jebat, saya rasa tak betul

“Jujurnya kalau saya tak jumpa Jebat lebih dari lima jam, saya pula yang rasa tak betul,” jelasnya lagi.

Sharnaaz pada masa sama turut menjelaskan, ada ketika dia akan membuat panggilan video untuk berinteraksi dengan permata hatinya itu.

“Cuma kalau waktu nak jumpa dia belum bangun lagi dan saya di set lokasi, selalunya akan video call. Ibu dia pun bagi. Jadi tak ada masalah,” ujarnya optimis.

Saya menerima apa saja keputusan Mahkamah Syariah

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nur Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017.

Walaybagaimanapun, timbul konflik melibatkan rumah tangga mereka sejak tahun lalu dan keduanya kini sedang menantikan keputusan Mahkamah Syariah.

Malah, Sharnaaz dan Nabila tetap berkawan demi anak. Selain itu, Sharnaaz turut menjelaskan yang dia sudah ‘move on’ dan menerima apa saja keputusan kelak.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.