“Saya tak mahu kalian merangkak cari saya di Padang Mahsyar” Shahrol Shiro Perjelas Isu Pelawak Ditahan Kes Pemerdagangan Manusia

Pelawak Shahrol Shiro, 38, mendedahkan namanya turut terkena tempias berikutan kes kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks kerana ada media yang melaporkan bahawa kes tersebut membabitkan Naib Juara Maharaja Lawak.

Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi berkata dia menerima pertanyaan daripada beberapa orang kenalan yang ingin mengetahui kebenaran.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kluang, Johor itu memberitahu ada juga segelintir individu yang terus melemparkan tuduhan tanpa usul periksa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan “ITU BUKAN SAYA”.

“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.”

Dalam pada itu, pelakon drama Super Lawak FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang mengambil berat dengan dirinya.

“Buktinya saya masih umur bawah 40 an. Muda kan? Sekian terima kasih kerana mengambil berat pasal saya.”

Semalam, beberapa portal melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.

Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Selain nama Shahrol, nama Tauke juga antara yang disebut-sebut warganet.

Namun, memetik dari laporan Kosmo, Tauke menafikan tuduhan tersebut terhadap dirinya.

“Mengarut! Bila masa saya jadi ‘bapa ayam’? Saya elok saja ada di rumah bersama isteri dan anak-anak. Kelakarlah saya rasa”.

Itu reaksi pelawak, Tauke menafikan tekaaan ramai bahawa dialah individu yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria ketika dihubungi Kosmo! Online bertegas, dia bukan individu yang ditangkap polis seperti yang diuar-uarkan netizen selepas tular berita penangkapan seorang pelawak atas kesalahan eksploitasi seks hari ini.

“Bukan saya. Pelik kenapa netizen ‘petik’ nama saya sedangkan saya elok sahaja berada di rumah bersama isteri dan anak-anak di Bukit Jalil.

“Memanglah nama saya ‘tauke’, tapi saya bukan bapa ayam!” katanya kepada Kosmo!

Default image
admin
Articles: 750