“Saya tak tahan selalu kena pukul,” Suami Wanita Tular Akhirnya Beri Penjelasan

Beberapa hari yang lalu tular satu video mengenai kisah seorang isteri diceraikan di media sosial.

Walau bagaimanapun, suami kepada wanita tersebut menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Buntu bagaimana mahu membesarkan 3 orang anaknya

Oleh kerana berada dalam keadaan tersebut,  wanita yang berusia 26 tahun itu berdepan tekanan.

Malah, dia juga buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.

Bekas isteri mudah naik tangan setiap kali berselisih faham

Menurut bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isterinya itu.

Pada hari ini seorang lelaki menunjukkan gambar luka kesan dipukul bekas isterinya beberapa tahun lalu.

Selain itu, lelaki tersebut turut mendakwa yang bekas isterinya mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak

Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.”

Sikapnya akan memukul dan mencederakan saya apabila bergaduh

“Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh.”

“Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia,” katanya.

Jelasnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuhdiri tular di media sosial.

Awal perkahwinan kami bahagia

Oleh itu, dia tampil memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.”

Kami pernah bercerai pada 2019

“Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri.”

“Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Beliau tetap sayangkan anak-anak

Bagaimanapun beliau tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membunuhdiri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Terdahulu, ibu anak tiga itu mengakui bahawa dia sangat tertekan dengan insiden yanag menimpa dirinya dan anak-anak sehingga dia hampir sahaja membunuhdiri terjun dari flat rumahnya, mujur sahaja sempat di halangan oleh jiran tetangga.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangka akan diceraikan hanya kerana dia menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.

“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.”

“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa” katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.

Tambahnya pula, sebulan yang lalu dia dan keluarga telah didapati positif Covid-19 yang menyebabkan dia terpaksa melahirkan anak secara pembedahan.

“Bekas suami yang merupakan seorang mualaf dan anak-anak juga disahkan positif Covid-19 dan kami diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah yang menjadi antara punca pergaduhan sebelum bercerai”