“Sayang nyawa” Suami Sanggup Tidur Sempit Demi Tak Kedutkan Tudung Isteri Buat Ramai Boleh Relate

Bila sebut sahaja fasal tudung, orang perempuan ni akan jadi lebih sensitif. Emosi mereka boleh ‘swing’ bila ada yang merosakkan atau terduduk atas tudung mereka selepas selesai digosok. Apatah lagi bila seterika ‘buat hal’, memang tak ada mood seharian tengok tudung berlubang terbakar.
Iospital phone repair gombak
Hal ini kerana, ada sesetengah tudung yang mereka ada merupakan koleksi yang limited ataupun harganya yang agak mahal menyebabkan mereka begitu sayang terhadap tudung itu.

Sebab itulah ramai di kalangan para suami yang paling takut untuk duduk berhampiran tudung yang telah digosok.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sanggup tidur dalam keadaan sempit agar tidak terkena tudung yang baru digosok isteri mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @tieni.khan, Kelihatan tudung itu masih baru digosok. Disebabkan takut si isteri akan memarahinya, lelaki tersebut sanggup tidur di sebelah tudung tersebut walaupun sempit.

Situasi tersebut membuatkan ramai yang terhibur apatah lagi bila si isteri sempat bergurau mengatakan suaminya melakukan perkara tersebut bukan kerana sebab sayang akan isteri tetapi kerana sayang nyawa sendiri.

“Ciri ciri husband yang bijak membuat keputusan” tulis si isteri di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengatakan seinci sahaja lelaki itu bergerak, kemungkinan dia akan terus ‘pindah alam’.

“Kalau salah landing tu, yakin lah bangun jer awak dah pindah alam” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak boleh membayangkan jika lelaki tersebut tiba-tiba menarik tudung itu kerana menyangka ianya adalah selimut.

Antara komen warga maya:

“Ni kalau tersentuh sikit je memang auto bangun kena soal dengan mungkar nangkir ni”

“Macam mana kalau tiba2 dia tarik buat selimut? i can’t imagine it”

“Aku lebih rela tidur dilantai sebab aku ni jenis yang berguling sana ini.. tak pasal2 kena bomb”

“Punya la besar rumah situ juga dia letak landmine ye”

“Wujud pun lelaki gini.. ingat takde”


Video yang tular di laman TikTok:

@tieni.affieyCiri ciri husband yang bijak membuat keputusan♬ original sound – Tieni Khan – Tieni & Affiey